Sekilas
- Janna Nick menasihatkan orang ramai supaya tidak cepat terasa dengan perkongsian di media sosial yang tidak menyebut nama atau ciri spesifik.
- Beliau mengingatkan bahawa tidak semua posting ditujukan kepada individu tertentu dan sebaiknya ambil yang positif sahaja.
- Janna juga berkongsi peribahasa Malaysia untuk menegaskan bahawa tidak semua perkara berkaitan dengan diri kita sendiri.
Pelakon dan pengacara, Janna Nick menitipkan pesan kepada orang ramai supaya tidak terlalu cepat terasa terhadap apa-apa perkongsian di media sosial.
Menerusi ciapan di Threads, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Abdul Muner berpendapat bahawa sesuatu posting yang dibiat tidak semestinya ditujukan kepada diri sendiri ditambah pula jika tiada nama dikaitkan dengan hantaran tersebjt.
“Tak semua yg kita baca perlu kita ambil personally.
“Selagi tak ada nama, atau ciri-ciri spesifik yang jelas menunjukkan posting tu ditujukan kepada kita, anggap je ia penulisan general.
“Kalau boleh relate, ambil yang baik. Kalau tak kena dengan kita, scroll dan teruskan hidup,” kongsinya.
Malah, pelakon dilem Kimchi Untuk Awak ini turut memetik peribahasa Malaysia sambil sekali lagi mengingatkan bahawa tidak semua perkara yang dikongsikan orang mempunyai kaitan dengan diri seseorang.
“‘Siapa makan cili dia terasa pedas’ tapi not everything is about you. The world doesn’t revolve around you.
“Kadang2 orang tgh cerita pasal orang lain je. Kita yang sibuk volunteer jadi watak utama.” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rqta netizen bersetuju dengan perkongsian yang dibuat Janna.
Sumber: Threads