Pelakon filem Langit Cinta, Keith Foo dan isteri, Kim Raymond selamat menerima kehadiran cahaya mata perempuan sebentar tadi.

Berita ini disampaikan menerusi kemaskini akaun Instagram rancangan MeleTop, @meletop yang memuat naik kembali gambar daripada Instagram milik Keith, @keithfoo.

“Yeayy! Tahniah diucapkan kepada @keithfoo & @Kimchiraymond yang baru mendapat cahaya mata perempuan sebentar tadi. Tak sabar nak tengok muka baby dorang!

“Tahniah sekali lagi kami ucapkan. Korang gerenti akan jadi parents yang awesomelah! #MeleTOP Repost @keithfoo: Our journey from friends to husband and wife has been wonderfully blessed, filled with ups and downs.

“Now we are going to paint more colors in our lives as parents in 7 hours time. #parents #love #blessed #bestdayever #thankyougod #babygirl #littlekimchi #babykimchi #babyfoo #babyraymondfoo #3052017 #loverespectunity,”
tulis akaun Instagram MeleTop.

Keith membalas ucapan tahniah tersebut dengan mengucapkan terima kasih. Astro Gempak cuba menghubungi Keith tetapi panggilan yang dilakukan tidak berjawab.

Keith dan Kim telah mendirikan rumah tangga pada tahun 21 Disember 2014 dan mengadakan majlis resepsi perkahwinan pada 30 November 2015. Tahniah Astro Gempak ucapkan kepada Keith dan isteri!

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Yeayy! Tahniah diucapkan kepada @keithfoo & @Kimchiraymond yang baru mendapat cahaya mata perempuan sebentar tadi. Tak sabar nak tengok muka baby dorang! Tahniah sekali lagi kami ucapkan. Korang gerenti akan jadi parents yang awesomelah! #MeleTOP ??? ?: @keithfoo ・・・ Our journey from friends to husband and wife has been wonderfully blessed, filled with ups and downs. Now we are going to paint more colors in our lives as parents in 7 hours time. #parents #love #blessed #bestdayever #thankyougod #babygirl #littlekimchi #babykimchi #babyfoo #babyraymondfoo #3052017 #loverespectunity

A post shared by MeleTOP (@meletop) on