Skip to main content

Berita Tempatan

“Kejadian Berlaku Ketika Saya Tengah Marah”- Radhi OAG Mahu Rujuk Isteri

radhioagrujuk.jpg
Penyanyi kumpulan OAG, Radhi berhasrat untuk merujuk kembali isterinya, Shahira Ayu Zahiri, 25, yang dia sudah diceraikan pada 25 Mac lalu.
 
Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 41, berkata, dia sudah meluahkan hasrat itu kepada Ayu dan mereka dalam proses untuk rujuk.
 
“Saya sudah katakan kepadanya nak rujuk tapi tidak pula dia ceritakan mengenainya kepada media. Saya nak selesaikan cara baik.
 
“Mungkin kerana sudah lima hari saya tak menghubunginya bagi bertanya khabar membuatkan dia merajuk. Dia sengaja melakukan provokasi dan saya tiada apa-apa pun.
 
“Saya sebenarnya tak nak ganggu dia untuk bagi dia tenang. Tapi tak sangka pula begini jadinya,” katanya 
 
Terdahulu, Ayu menerusi portal berita hari ini mendakwa penyanyi terbabit sudah melafazkan talak terhadapnya pada 25 Mac lalu.
 
Katanya, lafaz cerai itu akan disahkan menerusi prosiding di mahkamah dalam masa terdekat. Dia juga mendakwa sudah lama tidak tinggal sebumbung, namun masih berkomunikasi dengan baik demi anak-anak.
 
Menurut Radhi, mereka juga sudah merujuk kes ini dengan Mahkamah Syariah dan dijadualkan akan ke mahkamah untuk proses rujuk, Isnin ini.
 
“Saya masih sayangkan perkahwinan kami. Lagipun kejadian berlaku ketika saya tengah marah. Saya minta supaya Ayu jadi ibu kepada anak-anak kami. Daripada saya cari isteri baru, baiklah saya perbaharui isteri saya. Biarlah saya pijak ego saya demi kebaikan.
 
“Cubalah tengok muka anak-anak dan pandanglah pada masa depan mereka. Saya memang tak boleh hidup tanpa anak-anak dan isteri,” katanya.
 
Radhi berkata, dia banyak belajar bersabar dalam perkahwinan kedua ini dan mengakui Ayu jarang melakukan kesalahan ketika mereka hidup bersama.
 
“Namun kalau dia langsung tak buat salah, itu bukan manusia namanya. Tapi saya tak kisah kerana saya masih perlukan dia. Setiap benda yang berlaku boleh dibawa berbincang. 
 
“Ini hanya talak satu dan masih ada jalan untuk bersama. Allah menduga kami tapi ada pilihan untuk menyelesaikan. Apapun doa-doakan yang terbaik buat kami,” katanya.
 
Selepas bercerai, Ayu kembali menetap bersama ibu bapanya di Kota Damansara bersama dua anak mereka, Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3.
 
Mereka mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014. Sebelum ini, Radhi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 sebelum berpisah pada 8 Jun 2010.
 
Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rifdi Muslim yang kini berusia 14 tahun.
 
Sumber: Harian Metro
 

Advertisement

Must-Watch Video