Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan kerajaan menangguhkan sementara operasi kedai gunting rambut yang dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Tiga, lapor Awani
Jelasnya, kerajaan boleh melakukan perancangan membuka semula premis itu, namun pelaksanaannya tidak boleh dilakukan semasa tempoh perintah berkenaan.
"Saya pasti ramai rakyat yang terkesan dengan PKP 1 dan 2. Kita sedang berjuang memerangi COVID-19 ini, namun kita masih belum menang. Apa yang penting ialah tindakan. Kita sudah dapat tanda-tanda kejayaan.
"Antara tindakan kita yang berjaya menurunkan kes ialah kawalan sempadan, kawalan terhadap perhimpunan dan amalan penjarakan sosial," katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.
Pada masa sama katanya, PKP fasa tiga perlu diperketatkan sama seperti yang dilakukan pada fasa pertama dan kedua.
"Semua tindakan kita perlu diperketatkan untuk PKP fasa tiga dan dari segi perancangan untuk membuka atau had pergerakan, KKM syor agar kita kekalkan apa yang dilakukan semasa PKP fasa satu dan dua. Mungkin perancangan boleh dilaksanakn, tetapi tangguhkan sementara," tambah beliau.
Bagaimanapun katanya, perancangan membuka perkhidmatan gunting rambut boleh dibuat selepas PKP fasa tiga, namun ia bergantung kepada pencapaian negara dalam mengurangkan kes COVID-19.
"Kita kena lihat kalau selepas fasa ketiga apakah tindakan kita. Jadi perancangan bermula dari sekarang mungkin kita boleh laksanakan selepas fasa tiga.
“Namun yang penting kita kena pantau data seharian dan melihat sama ada kita capai tak unjuran untuk mengurangkan kes COVID-19 di negara kita," ujarnya.
Sumber: Astro Awani
Mya Amri
Sun Apr 12 2020
Undian Dibuka, Lee Weng Foong, Aliff Ahmad, Saharuddin Amirullah & Aleeya Zailan Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"
Sekiranya anda salah seorang pekerja di pasar raya Fat Dong Lai di China, anda layak mendapat 'cuti sedih' selama 10 hari dalam tempoh setahun.
Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."
Seorang pesohor media sosial mengundang kontroversi kerana menggunakan mentega sebagai bahan asas solekan, lapor laman berita Wion News.
Seluar Jeans Bertompok Macam Kesan Kencing Dijual RM3,871
Sebuah jenama fesyen mewah memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan
Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”
Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak
"Rasa Seperti Satu Penghinaan" - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari
Pelakon Riezman Khuzaimi turut terkesan apabila pernah menerima tawaran berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.
Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"
Penerbit terkenal tanah air, David Teo mendakwa pernah disihir oleh ahli keluarga sendiri sehingga hampir meragut nyawanya. Menurut David, simptom-simptom dirinya disihir berlaku selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu. "Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening
Sheriff: “Selepas Lebih 10 Filem, Dapat Juga Merasa Trending” - Syafiq Yusof
Alhamdulillah, tahniah Syafiq.
Gaji Penjawat Awam Bakal Naik Lebih 13 Peratus, Tertinggi Dalam Sejarah!
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024. Menurut Anwar, kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini. “Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini, adalah 13 peratus dan tahun ini saya akan umum