Kekasih Pelawak Sule 18 Tahun Lebih Muda, Seusia Anaknya Rizky Febian
Maliah Surip
30/11/2023 06:42 MYT
30/11/2023 06:42 MYT
Dua kali kandas dalam perkahwinan, pelawak popular Sule langsung tidak takut untuk kembali bercinta dan membina semula institusi kekeluargaan.
Menariknya mengenai percintaan Sule dan Santyka adalah jurang usia keduanya yang boleh disifatkan agak jauh.
Sule kini berusia 47 tahun manakala Santyka muda 18 tahun daripadanya.
Santyka yang berasal dari Sumedang tersebut baru berusia 25 tahun. Usia Santyka adalah sama dengan anak sulung Sule yang juga merupakan penyanyi popular, Rizky Febian.
Bercakap mengenai perbezaan usia sehingga 18 tahun, Sule mengaku tidak mempunyai masalah.
Dia kemudian mengambil contoh perbezaan usia sahabatnya dengan isteri yang lebih jauh iaitu 30 tahun.
“Teman saya di Jenong dia menikah umur 65 tahun, perempuannya umur 18 dan dia sampai mati.
“Saya cuma 18 tahun, di Jenong itu beda lebih dari 30 tahun, jadi tidak ada masalah," katanya seperti dilaporkan Insertlive.
Sule juga hanya meminta didoakan yang terbaik, termasuk soal isu menikah tahun depan.
"Lihat saja nanti. Doakan yang terbaik. Kalau orang mendoakan yang baik itu akan berbalik baik," pintanya.
Malah kata Sule dia juga sudah memperkenalkan kekasih baharunya itu kepada lima anaknya.
BERITA TRENDING: Sule ‘Naik Angin’ Bila Ada Yang Tanya Bakal Menantu Akan Peluk Agama Islam Atau Tidak
Sule kini berbahagia menganyam cinta baharu selepas bercerai dengan Nathalie Holscher pada tahun lalu.BERITA TRENDING: Hampir Setahun Bergelar Janda, Bekas Isteri Pelawak Sule Buka Tudung
Kekasih baharu Sule dikenali sebagai Santyka Fauziah. Dia merupakan seorang pempengaruh media sosial di Indonesia.Menariknya mengenai percintaan Sule dan Santyka adalah jurang usia keduanya yang boleh disifatkan agak jauh.