Laman Utama
“Kelakar Juga Bila Tengok Diri Sendiri Berlakon” - Lah Ahmad Tak Pernah Terfikir Nak Jadi Pelakon
Penyanyi, Lah Ahmad, 43, mengakui pada asalnya tidak pernah terfikir untuk menceburi bidang lakonan.
Bagaimanapun kata Lah, dia bersyukur dan menerima apa juga rezeki yang sudah ditetapkan A
Tuhan dalam industri seni.
“Mula mula sekali, saya tak ada cita-cita pun nak jadi pelakon, saya mengaku saya tengok drama dan filem.
“Tapi untuk ada keinginan nak jadi seorang pelakon itu tak pernah ada. Saya sendiri pun tak sangka juga nak jadi pelakon.
“Kadang-kadang kita tak tahu rezeki kita dekat mana, pada umur yang sekarang ini tiba-tiba ada rezeki berlakon pula,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Lah juga menyatakan dia kini semakin jatuh hati pada dunia lakonan.
“Kelakar juga bila tengok diri sendiri berlakon sebab selalunya kita kan menyanyi sahaja atas pentas.
“Ada babak yang saya duduk atas lantai, main gitar, baling telefon, benda itu kena real. Rasa rilek dan lega pun ada juga.
“Sebab bila kita atas pentas semuanya kena sempurna, tiptop, nampak cantik, tak boleh nampak kaku, kekok dan sebagainya. Kalau jatuh sikit pun boleh lupa lirik.
“Tapi dalam lakonan ini ruangnya berbeza. Maksudnya kita ada kebebasan untuk rasa tenang, rasa selesa dan geram dengan karakter yang dibawakan.
“Jadi pada saya best. Saya sebenarnya jatuh cinta juga dengan berlakon ni, rasa seronok pula,” ujarnya.
Saksikan episod akhir One Million Dolar Voice (1MDV) pada Khamis, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104).
1MDV ini juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.
Must-Watch Video