KELUANG MAN
Keluang Man Tarik Perhatian Public Health Malaysia, Borhan Bukan Sekadar Watak - “Aku Sakit Bukan Gila, Filem Ini Perlihatkan Dunia Dari Pandangan Pesakit"
Filem superhero ikonik negara, Keluang Man yang kini ditayangkan di pawagam turut mendapat perhatian laman kesihatan popular, Public Health Malaysia.
Borhan, simbol perjuangan pesakit mental
Public Health Malaysia menerusi hantaran terbaharu di Facebook rasmi mereka mengatakan watak Borhan di dalam Keluang Man bukan hanya sekadar watak tetapi mengetengahkan isu tentang pesakit mental.“Watak Borhan mengalami halusinasi pendengaran dan perubahan tingkah laku akibat trauma otak. Namun yang paling menyentuh bila dia ulang berkali-kali,“Sebagai seorang pencinta filem dan pendukung advokasi kesihatan mental, Keluang Man bukan sekadar kebangkitan semula adiwira tempatan. “Ia adalah simbol perjuangan terhadap stigma khususnya kepada pesakit gangguan mental serius.
“Aku sakit, bukan gila.”
Dan ayat itu bukan sekadar luahan watak. Ia suara yang mewakili ribuan rakyat Malaysia yang sering disalah erti, ditakuti, dan diketepikan hanya kerana penyakit yang tidak kelihatan,” tulis laman tersebut.
Sudut POV pesakit mental
Malah, Public Health Malaysia juga memuji naskhah itu kerana berjaya memberikan sudut ‘point of view’ (POV) pesakit mental dengan begitu baik.“Dan buat yang peka ada banyak easter egg terselit dari Senario, Hantu Kak Limah, hinggalah bayangan kecil dunia animasi tempatan yang menghidupkan kembali nostalgia.“Filem ini memperlihatkan dunia dari pandangan pesakit, tanpa mengejek, tanpa merendahkan. “Dengan naratif yang kuat dan visual yang menggabungkan elemen nostalgia serta simbolisme trauma, ia mengangkat suara pesakit mental yang sekian lama sunyi.
“Jika anda dari generasi milenial… tunjukkan sokongan anda supaya watak Tiong Man dapat di realisasi dalam siri akan datang,” coretnya.
Terdahulu, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan pengarah terkenal, Syafiq Yusof juga turut menyambut baik kehadiran Keluang Man.
Menurut Syafiq, dia amat berpuas hati dengan penghasilan naskhah Keluang Man selain memuji pengarah filemnya iaitu Anwari Ashraf.
ARTIKEL BERKAITAN:Demi Keluang Man, Nas Sanggup Belajar Empat Jenis Seni Bela Diri - “Saya Lakukan Training Selama Lima Bulan…”
ARTIKEL BERKAITAN:Nas Kongsi Pengalaman Uji Bakat Keluang Man, Kena Buat Empat Emosi Spontan - “Masa Tu Tengah Lapar, Jadi Fikir Nak Cakap Fasal Burger”
ARTIKEL BERKAITAN:Demi Keluang Man, Shweta Sanggup Diet Makan Nasi Ayam Hari-Hari - “Makan Dengan Halia & Bawang Putih, Banyakkan Air Kosong”
ARTIKEL BERKAITAN:Syafiq Yusof Puas Hati Dengan Keluang Man! Siap Puji & Bagi Rate 1000/10 - “Jujur Cakap Filem Ni Best Gila”
ARTIKEL BERKAITAN:Azizulhasni Pun Terjebak! Pengalaman Terbaik Tonton Keluang Man - “Memang Penuh Aksi, Disulami Dengan Babak Lucu Yang Buatkan Kita…”
Untuk info, filem ‘live-action’ Keluang Man ini merupakan adaptasi daripada siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjaya mencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaan Malaysia.
Filem ini diterbitkan oleh penerbit terkemuka, Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.
Keluang Man dibintangi oleh Nas Muammar Zar, Datuk Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, dan Dennis Yin.
Keluang Man diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo, penulis Kahar : Kapla High Council serta merupakan pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai penulis skrip.
Naskhah ini menandakan kemunculan pertama Anwari sebagai pengarah filem.
Keluang Man kini boleh ditonton di pawagam seluruh negara.
Ikuti siri jelajah Keluang Man pada 6, 7, 8 Jun di Perak, Penang, Kedah, 13, 14, 15 Jun di Terengganu dan Pahang, 20, 21, 22 Jun di Klang Valley.
Pelbagai kolaborasi kreatif dilakukan bagi memberikan pengalaman superhero original pertama Malaysia melangkaui layar.
Antaranya kolaborasi’ Wonda Kopi Kluang’, ‘Wonda-ful Keluang Man Burger’, ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, ‘Koleksi Premium Keluang Man Oleh Royal Selangor’, ‘Keluang Man dan Fung Keong’, ‘Keluang Man dan Abstrax’.
Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan info di platform media sosial TikTok, Instagram, X, Facebook akaun Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
Sinopsis:
Keluang Man mengisahkan Borhan, seorang pesakit di Hospital Tumpoi sering melarikan diri dari hospital di malam hari.
Apabila sejarah lamanya menghantui, pesakit yang menghidapi ‘Dissociative Schizophrenia’ ini mula berniat membalas dendam, dan tanpa sengaja, Borhan membentuk identiti barunya sebagai seorang superhero, Keluang Man.
Must-Watch Video