Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Keluar Bersama Kakak Tanpa Izin Punca Pelakon Ini Pukul Teman Wanita

Gempak
08/07/2024 09:50 MYT
Keluar bersama kakak tanpa izin teman lelaki didakwa sebagai punca seorang pelakon memukul teman wanitanya dalam kejadian di Ara Damansara pada awal pagi semalam.

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, mangsa yang merupakan seorang peniaga sudah menjalinkan hubungan dengan suspek sekitar lapan bulan lalu.

Siasatan masih dijalankan

Katanya, tindakan memanggil suspek untuk proses rakaman percakapan sedang dijalankan.

Siasatan masih dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo
#pelakon #wanita #Pukul #Kakak #Teman #Keluar #Punca