Penyanyi cilik Aliff Idham tampil dengan karya sulung berjudul Petanda.

Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Idham Rusli, 15, merupakan pemenang tempat ketiga Ceria Megastar Ministar pada tahun 2019.

Lagu Petanda juga menjulang nama Aliff sebagai komposer dan penulis lirik.

Petanda mengisahkan kisah duka pasangan yang telah terpisah kerana kewujudan pihak ketiga.

Memilih genre pop, rock dan R&B untuk diketengahkan, Aliff menjadikan penyanyi dari seberang Judika sebagai idolanya

Bernaung di bawah syarikat rakaman Ace Talent, Aliff dilihat mampu digilap untuk menjadi penyanyi lelaki sebaris Haqiem Rusli dan Faizal Tahir.

Aliff kini mempunyai hampir 40,000 pengikut di laman sosial Instagram serta 2,000 pengikut di YouTube.