Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Keluarga Allahyarham Mohon Semua Pihak Hormat Keputusan, Ucap Terima Kasih Buat Yang Mendoakan Nidza Afham

Khairil Khusyairi
15/08/2024 09:27 MYT
Abang ipar kepada Allahyarham Nidza Afham Mokhtar, 23, iaitu Effie Amron memaklumkan jenazah adik iparnya kini selesai menjalani proses bedah siasat dan bersedia untuk proses pengebumian pada petang ini.

Hormati jenazah

Menurut Effie, tiada lagi ahli keluarga yang dibenarkan untuk menziarahi jenazah atas keputusan untuk menghormati jenazah.

ARTIKEL BERKAITAN: Aufahanie Sebak Lihat ‘Wallpaper HP’ Arwah Abang Letak Gambar Keluarga - “Sekarang Polis Masih Siasat Untuk Tahu Ada Unsur Jenayah Atau Tidak”

ARTIKEL BERKAITAN: Nidza Afham Dalam Proses Kumpul Duit Kahwin - “Tapi Saya Tak Tahu La Perancangan Itu Bila…”


Malah Effie turut memohon maaf kepada semua pihak dan meminta mendoakan buat Allahyarham.

“Saya minta maaf sangat, saya harap semua faham.

“Kita harap semua menghormati arwah,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sedekahkan Al-Fatihah Bila Saya Sudah Tiada…” - Nidza Afham

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Ipar Nidza Afham Mohon Netizen Henti Buat Spekulasi Tidak Benar - “Berkatalah Benda-Benda Yang Baik”


Kelihatan juga Effie menenangkan nenek Allahyarham sejurus memaklumkan perkara tersebut.

Terdahulu, Afham yang aktif membuat persembahan dilaporkan hilang selepas keluar berjogging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri pada Selasa malam.

Teman wanita mangsa kemudiannya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang selepas gagal dihubungi.

Susulan itu, keluarga mangsa bergegas ke tempat kejadian turut menemui telefon bimbit dan dompet milik mangsa.

Pada Rabu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang kira-kira jam 7 malam tadi adalah Nidza Afham.

Mayat mangsa ditemui oleh orang awam yang sedang memancing di kawasan berkenaan.

Jenazah akan melalui proses bedah siasat sebelum dikebumikan pada Khamis Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah.
#Keluarga #Hormat #Jenazah #Keputusan #Allahyarham #Afham #Nidza