Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Keluarga Farah Kartini Mohon Henti Keluar Kenyataan Gores Hati

Gempak
16/07/2024 15:24 MYT
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang semalam memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.

Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata, mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini, 25.

"Saya mohon semua pihak termasuk media memberi kami ruang untuk fokus pada proses bedah siasat dan proses pengurusan jenazah, apa yang saya boleh kongsi ialah proses bedah siasat akan selesai petang ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

Sementara itu, abang mangsa Mohd Fariza Azmi Abdullah berkata, keluarga tidak mengenali suspek lelaki yang didakwa sebagai teman lelaki adiknya itu.

Beliau berkata, adiknya tidak pernah menceritakan apa-apa mengenai hubungan peribadi kepada ahli keluarga.

Kali terakhir bertemu pada Aidilfitri

Ditanya mengenai keperibadian adik bongsunya itu dia berkata Nur Farah Kartini seorang yang ceria dan rapat dengan keluarga.

Mohd Fariza Azmi berkata, adik perempuan tunggalnya itu sememangnya rapat dengan ibu dan ahli keluarga yang lain dan kali terakhir bertemu adiknya pada Aidilfitri yang lepas ketika mereka semua pulang ke Miri, Sarawak.

"Kami memang jarang berjumpa dan selama ini dia tak pernah bercerita apa-apa masalah kepada saya," katanya yang tinggal di Sri Kembangan, Selangor.

Semalam, media melaporkan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang pada Rabu lepas ditemukan mati di ladang berkenaan pada 6 petang dan seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai teman lelaki mangsa ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek seorang anggota polis bertugas di sebuah balai polis di Perak kini direman tujuh hari bermula hari ini.

Sebelum ini, mangsa yang bekerja dengan sebuah syarikat kereta sewa di Tanjung Malim, Perak dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan pada 10 Julai lepas.

BERITA TRENDING: Mayat Farah Kartini Ditemui, Dipercayai Dibunuh Individu Dikenali

BERITA TRENDING: Penjawat Awam Ditahan Bantu Siasatan Pembunuhan Nur Farah Kartini

BERITA TRENDING: Abang Farah Kartini Ke Lokasi Penemuan Mayat

BERITA TRENDING: Suspek Kes Kematian Nur Farah Kartini Direman 7 Hari

BERITA TRENDING: Sahabat Baik Nafi Nur Farah Kartini Ikut Teman Lelaki Ke Thailand - “Kalau Tak Ada Benda Baik Nak Cakap Better Jangan, Boleh Guris Hati Keluarga”

BERITA TRENDING: Suspek Bunuh Farah Kartini Adalah Teman Lelaki, Seorang Anggota Polis

BERITA TRENDING: Kes Bunuh Farah Kartini: Penduduk Kampung Gempar Selepas Penemuan Mayat

BERITA TRENDING: Polis Siasat Menyeluruh Motif Pembunuhan Nur Farah Kartini

BERITA TRENDING: Mayat Hampir Reput, Nur Farah Kartini Dipercayai Sudah Meninggal Dunia Beberapa Hari - “Belum Dapat Dipastikan Kecederaan Yang Ada”

BERITA TRENDING: "Pasal Lelaki Itu Saya Tak Tahu Apa-Apa" - Abang Farah Kartini

BERITA TRENDING: "Mati Rasa Hanya Kerana Dikecewa & Disia-Sia" - Farah Kartini

BERITA TRENDING: Kronologi Kes Bunuh Nur Farah Kartini

BERITA TRENDING: [VIDEO] Rakan Dedah Momen Terakhir Farah Kartini, Lambaian Terakhir Buat Ramai Sebak - "Tak Percaya Ayat Terakhir Awak Untuk Kami"

BERITA TRENDING: "Silap Anak Saya, Dia Tidak Membuat Laporan Polis Bila Diugut & Mengambil Tindakan Sendiri," - Bapa Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini



Sumber: Bernama melalui Sinar Harian
#Viral #Bunuh #Abang #Polis #Sarawak #Keluarga #Miri #Ladang #Farah Kartini