Bulan Ramadan bukan saja mengajar kita untuk bersabar malah, turut mendorong untuk beramal dan menyebarkan kebaikan kepada keluarga serta masyarakat, kebaikan yang sebenar ialah memupuk rasa ikhlas dalam melakukan perbuatan.

Sempena Ramadan ini, Febreze tampil dengan kempen Raikan Dengan Ikhlas. Dengan keikhlasan, Febreze akan berusaha untuk menunjukkan kebaikan dan melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

Ini termasuk memberikan pengalaman Ramadan dan Raya yang terbaik kepada keluarga serta tetamu yang menyambut bulan-bulan mulia ini bersama.

Sebagai sebahagian daripada manifestasi keikhlasan, Febreze Penyegar Fabrik Attar akan memastikan pengalaman bebas bau busuk, disemai dengan aroma perayaan untuk keselesaan terbaik dan pengalaman sensori untuk keluarga dan tetamu ·

Raikan dengan ikhlas adalah seruan untuk mengingatkan semua orang tentang nilai keikhlasan dan bagaimana ia dizahirkan sebagai melakukan 'ekstra' dalam melaksanakan amalan kita termasuk kebersihan. ·

Jadi, Febreze Penyegar Fabrik Inspirasi Attar ini sebagai penyelesaian untuk menaik taraf tahap kesegaran dan keselesaan, dalam memberikan yang terbaik kepada keluarga dan tetamu sepanjang Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.

Pengguna mungkin tidak sedar bahawa kuman dan bau busuk ada pada fabrik yang sering digunakan di ruang tamu, sejadah dan kereta. Permaidani dan sofa adalah perabot yang paling banyak digunakan, keluarga pulang ke rumah dan duduk di sofa, tanpa sedar bahawa mereka membawa kuman dari luar.

Jadi, sudah semestinya Febreze Penyegar Fabrik Inspirasi Attar sesuai untuk dijadikan rutin harian terutama di bulan Ramadan dan raya nanti. Ini kerana ia dapat menghapuskan 99.9% virus dan kuman!

Menariknya lagi, selebriti terkenal Mira Filzah juga diperkenalkan sebagai duta Febreze dan turut menampilkan beliau dalam kapsul untuk Ramadan dan Raya.

Melihat personaliti Mira Filzah sendiri kita sudah tahu aktres itu seorang yang ikhlas dalam melakukan setiap perkara dan penampilannya juga menunjukkan dirinya seorang yang sentiasa menjaga kebersihan.

Demi keselesaan dan kesegeraan, Mira juga menggunakan Febreze untuk keperluan solatnya memandangkan Febreze boleh melawan bau dan menghapuskan virus serta kuman.

“Bila kita ikhlas, segalanya dilakukan dengan baik, termasuklah membersih. Macam keperluan bersolat kita. Untuk keselesaan dan kesegaran, gunalah Febreze. Ia boleh melawan bau dan menghapuskan virus dan kuman,” kata Mira.

Jadi, apa tunggu lagi… jom dapatkan Febreze Penyegar Fabrik Inspirasi Attar sekarang.