Laman Utama

“Kematian Arwah Siti Sarah, Mimpi Bakal Meninggal Dunia Antara Sebab Saya Berubah” - Harris Anuar

gempak
Izwan Isa
17/09/2021
12:50 MYT
Sponsor Banner
“Kematian Arwah Siti Sarah, Mimpi Bakal Meninggal Dunia Antara Sebab Saya Berubah” - Harris Anuar
Jika dilihat pada hantaran-hantaran Harris Annuar di Instagram sejak kebelakangan ini, banyak perkongsian tentang agama yang dibuat oleh pelakon dan pengacara itu.
Selain perkongsian berbentuk Islamik, Harris, 28, turut melibatkan diri dengan aktiviti dakwah termasuk berguru dengan pendakwah bebas, Ebit Lew.
Mungkin ramai bertanya, apakah yang menyebabkan Harris nekad untuk berubah dan mendalami ilmu agama?
Menurut adik kepada pengacara Nadia Annuar itu, antara sebab kepada penghijrahannya adalah selepas melihat pemergian arwah Siti Sarah Raisuddin baru-baru ini.
“Kalau ingin diceritakan agak panjang, tetapi antara sebab mengapa saya berubah adalah selepas melihat kematian Siti Sarah. Ketika arwah pergi, ramai yang mendoakan kesejahteraannya. Saya sangat cemburu kerana bagi saya, arwah pergi dengan cara yang sangat mulia. Orang kata meninggal dalam husnul khotimah.
“Sewaktu menyaksikan tahlil yang dibuat untuk arwah juga, saya berasa terpegun melihat ramai rakan-rakan artis yang telah berubah. Jadi, saya bertanya kepada diri sendiri, bila giliran saya mahu berubah?
“Pada sebelah malamnya, sewaktu tidur, saya mendapat mimpi yang saya pula akan meninggal dunia. Dari situ saya tahu yang Allah ingin tunjukkan sesuatu kepada saya,” ujar Harris kepada Gempak.
Ditanya adakah dia akan meninggalkan dunia hiburan sepenuhnya, Harris menjawab: “Ramai berpendapat yang apabila seseorang artis itu telah berhijrah, dia perlu meninggalkan dunia hiburan.
“Tetapi Ebit menggalakkan saya untuk menggunakan platform yang ada dalam menyebarkan kebaikan. Saya juga jadikan hijrah ini sebagai platform untuk meraih seberapa banyak ilmu yang boleh. Saya takut kalau mati nanti saya tiada ilmu,” jelas Harris.
Dalam pada itu, Harris juga berharap agar dirinya akan terus istiqamah dalam menjalani penghijrahannya.
“Sebelum ini saya jaga aurat tetapi makin lama hal itu saya tidak endahkan. Jadi selepas berhijrah, saya cuba untuk jaga diri dan sentiasa menjaga aurat pada bila-bila masa, walaupun sewaktu berlakon dan bersukan,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Harris bakal menjalani penggambaran drama bersiri Kerana Dia Suka yang dijadualkan bermula dalam bulan ini di Perlis.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live