Kembali Sarung Jersi Merah Kuning Selepas 20 Tahun, Hairul Azreen Dipilih ‘Join’ Pasukan Selangor Red Giants Esports - “Selepas Saya Berhenti…”
Asyikin Mayudin
24/10/2024 08:55 MYT
24/10/2024 08:55 MYT
Tidak lagi terlibat dalam dunia lakonan, kini Hairul Azreeen dipilih sebagai pemain profesional pasukan Selangor Red Giants Esports.
Syukur atas pemilihan
Berazam mahu melakukan yang terbaik, Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 36, bersyukur di atas pemilihan tersebut.
“Alhamdulillah, selepas saya berhenti berlakon, sekarang saya dipilih menjadi pro player (pemain profesional) pasukan team merah kuning iaitu Selangor Red Giants Esports.
“Saya sebagai mid lane player, simpanan. Saya akan lakukan yang terbaik. Jumpa pada Februari 2025 nanti,” kongsi Hairul menerusi sebuah hantaran di TikTok miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Dapat Tajaan 700 Paket Gula, Pengarah Teater ‘Dang Anum (The Untold Story) Terharu Hairul Azreen & Hanis Zalikha Turut Beli Banyak Tiket Korporat
ARTIKEL BERKAITAN: Lee Zii Jia Hadiahkan Raket Kepada Hairul Azreen - "Ini... Framelah!"
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Terhibur Tengok Anak Perempuan Hairul Azreen Menangis Nak Jumpa Lee Zii Jia - "Dia Nak Jumpa Lee Zii Jia, Anak Aku Sibuk Nak Jumpa Upin Ipin"
ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Foto Pegang Perut, Netizen Syak Hanis Zalikha Pregnant?
Ibarat sirih pulang ke gagang, Hairul berkata, dia meluahkan rasa gembira apabila dapat kembali menyarung jersi pasukan Selangor selepas 20 tahun.
Difahamkan, Hairul sebelum ini pernah mewakili Selangor dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) menerusi acara Taekwando pada 2004.
Sementara itu, menerusi hantaran di akaun rasmi Selangor Red Giants Esports turut berkongsi berita itu buat peminat sukan tersebut.
Sekadar info, Selangor Red Giants Esports berjaya menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport di kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 pada Julali lalu.
undefined