Hiburan

Kongsi Foto Pegang Perut, Netizen Syak Hanis Zalikha Pregnant?

gempak
Umirah Halim
16/04/2024
04:00 MYT
Sponsor Banner
Kongsi Foto Pegang Perut, Netizen Syak Hanis Zalikha Pregnant?
Perkongsian gambar pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha bersama suami, Hairul Azreen berjaya mencuri perhatian ramai apabila ada dalam kalangan netizen mendakwa terdapat penampakan ‘baby bump’ pada foto terbaharunya itu.
Menerusi hantaran tersebut, kelihatan momen-momen gembira Hanis bersama suami dan anak-anak yang sedang bercuti di Maldives.
Tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah salah satu foto yang dikongsi tersebut menunjukkan Hairul Azreen bergambar sambil memegang bahagian perut Hanis.
Ia sekaligus mencetuskan spekulasi orang ramai mengenai dakwaan pemilik jenama Cakenis dan Lovemasak itu kini berbadan dua.

Komen netizen

Antara komen yang telah diterima:
“Kalau tiada, tak mungkin posing begitu.
“Kita nampak baby bump.
“Yeay akan ada junior Hanis dan Hairul lagi, tak sabarnya!
“Yeay Alissa dan Yusof nak dapat adik,” dakwa beberapa netizen.

Rakan artis komen

Selain itu, ramai juga rakan artis seperti Mira Filzah, Janna Nick, Fasha Sandha dan ramai lagi yang sempat mengusik dah mengucapkan tahniah pada ruangan komen hantaran tersebut.
“Eh omg yeke eh okay,” komen Mira Filzah.
“Congrats!!,” komen Janna Nick.
“Yeay, tahniah,” komen Fasha Sandha.

Tiada pengesahan

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis tiada lagi sebarang pengesahan yang diumumkan oleh pihak Hanis mahupun Hairul mengenai andaian tersebut.
Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 7, dan Alisa Aisyah, 4.

Berita Trending: “ACL kanan 2014, ACL kiri 2023…” - Hairul Azreen Selamat Jalani Pembedahan Lutut

Berita Trending: Didakwa Garang Dengan Staf, Ini Respon Mirul & Ain Edruce!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live