Penggemar siri origianl sooka Kau vs Aku boleh mengukir senyuman apabila musim kedua drama romantik komedi itu bakal menemui penonton bermula malam ini.

Ketua Content Studio, Astro, Syazwan Zakariah berkata, penerbitan musim kedua ini adalah sebagai tanda terima kasih buat peminat yang menyokong Kau vs Aku pada musim terdahulu.



“Siri ini telah mendapat sokongan dan kasih sayang yang banyak sejak penerbitan musim pertamanya. Maklum balas positif yang kami terima tanpa henti ini menjadikan siri ini antara siri yang popular serta tercalon dalam Anugerah Telenovela 2023.

“Sebagai tanda terima kasih kami kepada setiap penonton dan peminat, kami teruja untuk kembali dengan musim kedua, membawa banyak kelainan plot dan jalan cerita yang menyeronokkan.

“Kami berharap dengan kembalinya musim terbaharu ini, siri ini sekali lagi dapat menambat hati ramai penonton serta mengubati rindu mereka yang menunggu penyambungannya,” katanya.

Mempunyai 8 episod, Kau vs Aku 2 menyambung kisah Aulia yang pulang ke tanah air selepas gagal mencapai impiannya di luar negara. Aulia menyambung pengajian di sebuah universiti tempatan dan secara kebetulan bertemu kembali dengan cinta lamanya, Danish.



Di kolej itu juga, Aulia bertemu dengan Farhan (Nabil Aqil) yang cuba memikat hatinya manakala Danish pula cuba dipikat oleh Hajar (Ellyza Azizi). Apakah yang bakal terjadi pada mereka?

Kau vs Aku 2i masih mengekalkan Shasha Abedul dan Dini Schatzmann sebagai teraju utama, iaitu Aulia dan Danish di samping rakan-rakan mereka yang dibintangi oleh Chubb-E sebagai Zafran, Imran Aqil (Ashraf), Mia Sara Shauki (Nina) dan Arena Wan (Syafikah).

Penerbitan siri adaptasi daripada platform web novel, Wattpad ini telah berjaya menjadi siri hiburan nombor satu di sooka, dengan lebih 200 juta tontonan di platform TikTok serta memperoleh tontonan unik tertinggi sejak pelancaran aplikasi penstriman tersebut.

Menerusi kejayaannya dalam menambat hati ramai penonton serta peminat-peminat dengan gandingan pasangan watak utamanya yang dibintangi oleh Shasha Abedul dan Dini Schatzmann, siri coming-of-age ini kembali dengan plot baharu untuk menyambung kisah cinta pertama mereka berdua.

Episod baharu Kau vs Aku 2 akan ditayangkan pada setiap hari Rabu dan Khamis, pada pukul 9.00 malam di platform penstriman sooka.

Ia jug ditayangkan menerusi slot Dramavaganza di Astro Ria (Saluran 104) dan boleh disaksikan menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.