Laman Utama

Kemeriahan Ramadan Makin Terasa, Bazar Ramadan Jalan TAR Akan Dihidupkan Semula

gempak
Azwa Rahman
20/03/2021
04:30 MYT
Sponsor Banner
Kemeriahan Ramadan Makin Terasa, Bazar Ramadan Jalan TAR Akan Dihidupkan Semula
Bazar Ramadan Kuala Lumpur yang sebelum ini beroperasi di tapak asal Lorong Tuanku Abdul Rahman, berhampiran Masjid India akan dihidupkan semula.
Kenyataan tersebut diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi satu ciapan di Twitternya hari ini.
“Demi memenuhi rayuan peniaga bazar Aidilfitri, kita bersetuju bukan saja untuk benarkan bazar dibuka tapi kita hidupkan semula bazar di tapak asal di Lorong Tuanku Abd Rahman mulai 17 April, namun (dengan) prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dikenakan,” tulis beliau menerusi satu ciapan. Perkara ini susulan daripada pengumuman kerajaan memberi kelonggaran dengan membenarkan bazar Ramadan dan Aidilfitri beroperasi seperti tahun-tahun terdahulu tetapi dengan syarat yang ketat.
Terdahulu, bazar Ramadan Jalan TAR dan Masjid India dipindahkan ke ke Jalan Raja selaras dengan penyusunan semula.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live