Hiburan

Kempen ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’ Sempurnakan Ramadan Raya 2020 Bersama Astro

gempak
Kamaruddin Razal
15/04/2020
16:14 MYT
Sponsor Banner
Kempen ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’ Sempurnakan Ramadan Raya 2020 Bersama Astro
Kehadiran Ramadan Al-Mubarak semestinya dinantikan oleh setiap umat Islam di serata pelusuk dunia.
Bulan mulia penuh keampunan yang cukup sinonim dengan amalan ibadah ini menjanjikan pelbagai ganjaran pahala yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan lain.
Namun begitu, kedatangan Ramadan 1441H kali ini dilihat sedikit berbeza apabila kita diduga dengan pandemik COVID-19 yang mana sedikit sebanyak mengubah corak perjalanan rutin seharian masing-masing.
Sebagai sebuah stesen penyiaran utama tanah air, Astro peka akan hal ini dan terus komited memainkan peranan penting dalam memastikan rakyat Malaysia sentiasa bersama dan menyemarakkan semangat dalam diri setiap kita bahawa situasi ini akan beransur pulih kelak.
Justeru, pada tahun ini, Astro sekali lagi tampil dengan sebuah tema utama diapit dengan mesej yang kuat di sebaliknya bagi melatari kempen Ramadan Raya 2020.
Mengangkat tema ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’, Astro bakal memberikan sajian hiburan serta aktiviti-aktiviti kempen yang mengutamakan hubungan persaudaraan dengan penggunaan komunikasi maya menerusi kesemua platformnya yang didukung dengan pelbagai intisari rancangan.
Malah aktiviti mahupun rancangan yang bakal disajikan diyakini mampu mengukir senyuman serta menggembirakan setiap lapisan masyarakat. Astro percaya bahawa keutuhan sesebuah ikatan bermula daripada senyuman dan ini membolehkan rakyat Malaysia bersatu dalam menghadapi apa jua cabaran.
Menarik tahun ini, Astro menggandingkan tujuh personaliti popular tanah air sebagai duta kempen ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’ yang hadir khusus buat pelanggan Astro, demi memberikan sinar harapan bagi hari-hari yang akan datang.
Duta-duta kempen ini adalah barisan selebriti, Nabil Ahmad, Sherry Alhadad, Ben Amir, Hael Husaini, Ernie Zakri, Shiha Zikir dan Chubb-E, yang masing-masing mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
Kehadiran ketujuh-tujuh mereka ini adalah sebagai pemangkin kepada kempen Ramadan Raya Astro 2020, bertujuan untuk membawakan senyuman menerusi pengacaraan, lakonan, persembahan serta pembabitan mereka secara amnya kepada penonton.
Ia secara tidak langsung merapatkan jurang serta mengeratkan jalinan di antara rakyat Malaysia.
Jangan lupa untuk terus bersama dengan program-program menarik di pelbagai platform Astro sepanjang Ramadan dan Syawal, bermula 14 April sehingga 30 Jun ini!
Untuk lebih informasi, layari laman web www.astroraya.com.my!
Jarak akan menguatkan kita, untuk esok yang lebih bermakna.
Indahkan senyuman, eratkan jalinan dan terus setia bersama kami di Astro!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024