Laman Utama

"Kena Berani Jaga Duit Sendiri!" - Iesya Toh Kongsi Tips Berhadapan Scammer

gempak
Asraf Aided
01/03/2021
23:50 MYT
Sponsor Banner
"Kena Berani Jaga Duit Sendiri!" - Iesya Toh Kongsi Tips Berhadapan Scammer
Pengacara Iesya Toh mengajak orang ramai untuk lebih peka dengan kegiatan menipu atau scam menerusi aplikasi Whatsapp.
Menurut Iesya, kegiatan sebegitu sedang rancak dijalankan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
"Whatsapp scam sekarang tengah laju, korang akan dapat Whatsapp konon-konon daripada kawan, saudara atau keluarga, dia guna gambar betul untuk yakinkan kita!
"Tujuannya tetap satu, nak duit, nak pinjam duit kononnya, minta you all transfer ke account entah siapa-siapa," tulisnya.
Dalam pada itu, Iesya turut menasihati agar orang ramai tidak mudah mempercayai nombor baru yang digunakan oleh kenalan, sebaliknya cuba hubungi mereka dengan nombor lama dahulu.
"Kalau terima Whatsapp daripada kenalan dan nombor berbeza, jangan terus percaya! Call kenalan tu dengan nombor lama dia.
"Tak kira lah dia mengaku MB ke YB ke atau PM sendiri! Sebab scammers ni sangat berani untuk dapatkan duit!
"So kita kena 10000 juta kali berani jaga duit sendiri okay!" tulisnya lagi.
Perkongsian itu mendapat perhatian daripada para pengikut Iesya di ruangan komen.
Ada antara mereka yang berkongsi pengalaman pernah menerima mesej daripada scammers di aplikasi berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live