gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Pemuda Dituduh 'Jilat' Budak 9 Tahun
HIBURAN
Netizen Puji Alif Satar Didik Anak, Kagum 'Ali Berani Jadi ‘Pembantu’ Ketika Proses Penyembelihan - “Acik Pun Tak Tengok Sebab Takut Tau, Good Job”
BERITA
Tiga Maut, Pasangan Suami Isteri Hilang Bot Terbalik Di Klang
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

“Kena Tanduk Baru Tahu!” – Netizen Terhibur Jamal Abdillah Marah Anak Berkubang Dalam Tempat Minum Lembu

gempak
Umirah Halim
07/06/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
“Kena Tanduk Baru Tahu!” – Netizen Terhibur Jamal Abdillah Marah Anak Berkubang Dalam Tempat Minum Lembu
Sepotong video memaparkan gelagat Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah yang menegur anak-anaknya kerana bermain dan berkubang di tempat minum air lembu tular di media sosial.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat anak-anak Jamal dalam keadaan basah kuyup sedang duduk diam selepas dimarahi.
Teguran Jamal yang disampaikan dalam nada bersahaja tetapi tegas turut menarik perhatian ramai.
@jamalabdillah_official
dah kena marah . main lagi tempat lembu minum.. sekali sekali daddy dia marah diam terusss …
♬ original sound - DJA COLLECTION
“Duduk sana, jangan bangun. Kena tanduk dengan lembu korang ni baru tahu. Duduk diam-diam. Apa lah korang ni,” katanya dalam video tersebut.
Tidak lama selepas teguran itu, seorang anaknya dilihat mula menangis dipercayai terkejut dengan teguran bapanya.
Meskipun sedang memarahi anak-anaknya, suara lunak penyanyi lagu Gadis Melayu itu membuatkan netizen terhibur dan menyamakan nadanya seperti sedang menyanyi.
“Jamal Abdillah tengah marah anak pun suara dia sedap ehhh. Macam dia menyanyi je marah.
“Comel-comel nya anak-anak Dato’ Jamal Abdillah.
“Tak pernah tengok lagi Jamal Abdillah marah.. macam mana eh rupanya… mesti tambah handsome kot,” komen beberapa netizen.
Sekadar info, menerusi perkahwinan dengan Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, pada 1 April 2017, Datuk Jamal dikurniakan cahata mata Nur Azura Yamani, 6, dan El-Isaac Yamani, 5.
Selain Azura dan Isaac, penyanyi Kekasih Awal dan Akhir itu turut dikurniakan dua lagi putera yang sudah meningkat dewasa menerusi dua perkahwinan terdahulu, Osama Yamani, 24, dan Ahmad Zaki Yamani, 19.
Topic Berkaitan
#Anak
#Lembu
#Jamal
#abdillah
Must-Watch Video