Idea kreatif tidak mengenal usia atau latar belakang seseorang, sesiapa sahaja dikurniakan akal fikiran untuk dimanfaatkan untuk kesejahteraan sejagat.

Begitu juga dengan rancangan yang mencungkil idea inovatif rakyat Malaysia yang bakal memulakan siaran episod pertama minggu ini, INNOVATHON yang menjadi kerjasama sulung antara Kementerian Ekonomi bersama Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) dan Astro.

Apa yang menariknya adalah peserta yang paling muda berusia 10 tahun dan peserta tertua pula berusia 73 tahun!

Ahmad Darus, 73, berasal dari Puncak Alam, Selangor, tampil dengan idea Distress Signal Actuating System (DSAS) yang merupakan sistem untuk membantu dalam panggilan kecemasan sewaktu berlaku kes rompakan atau kecurian di rumah.



Manakala, peserta termuda pula diwakili oleh pasangan adik-beradik Ghayathri Ravintharan, 11, dan Nheha Ravintharan, 10 dan Ipoh, Perak.

Mereka mencipta Fun Toothbrush Cover, inovasi bekas berus gigi untuk kanak-kanak untuk menarik minat kanak-kanak memberus gigi. Comel!



Semua idea kreatif dan bijaksana mereka ini boleh disaksikan pada episod pertama yang akan memulakan siaran pada Sabtu jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

INNOVATHON juga mengetengahkan pelakon dan juga usahawan, Nur Fazura sebagai juri tetap dan pengacara tersohor negara, Datuk Aznil Nawawi sebagai mentor yang akan membimbing dan memberi motivasi kepada peserta-peserta pertandingan realiti ini.

Dua figura popular, Awal Ashaari dan Datin Lisa Surihani pula akan mengemudi program ini selaku hos.

Sebanyak 56 idea daripada pelbagai lapisan masyarakat telah dipilih menerusi sesi uji bakat yang telah dijalankan di seluruh Malaysia.

INNOVATHON yang bakal bersiaran sebanyak 8 episod ini menyaksikan para peserta cuba memenangi hati panel juri dan juga rakyat Malaysia.

BACA: Innovathon Realisasikan Impian Rakyat Malaysia, YB Rafizi Ramli & YB Chang Lih Kang Antara Panel Juri

BACA: Lebih 1,000 Peserta Datang Ujibakat INNOVATHON! Bukti Rakyat Malaysia Kaya Idea Inovatif

BACA: INNOVATHON Program Realiti TV Cungkil Idea Inovatif! Tawar Modal Asas RM1 Juta


Pemenang Pertama akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000.00, tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM80,000 dan RM50,000.

Tempat keempat dan kelima akan menerima RM10,000 dan RM5,000.

Selain itu, mereka juga berpeluang menerima sokongan pembangunan perniagaan mengikut kesesuaian dan skala perniagaan mereka yang bernilai sehingga RM1,000,000.00

INNOVATHON akan ditayangkan setiap Sabtu bermula 15 Julai 2023, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Program ini juga akan bersiaran menerusi saluran-saluran vernakular yang lain termasuk Astro SHOWCASE, Astro Vinmeen dan Astro AEC dua minggu sejurus sahaja tayangan perdana di Astro Ria.

INNOVATHON juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp "'NAK ASTRO" ke 03-9543 3838.