Skip to main content

Selebriti

GV Fantasia: Vince Mahu Perbaiki Diri, Akui Pemilihan Lagu Main Peranan - “Masih Banyak Yang…”

GV Fantasia: Vince Mahu Perbaiki Diri, Akui Pemilihan Lagu Main Peranan - “Masih Banyak Yang…”

Sekilas

  • Vince dari Gegar Vaganza Fantasia (GVF) mengakui perlu memperbaiki pemilihan lagu untuk terus meningkatkan prestasi dalam pertandingan.
  • GV Fantasia musim ini menampilkan juara dan alumni Akademi Fantasia serta dikendalikan oleh trio hos popular Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.
  • Program GV13 bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka dengan penajaan rasmi Celcom Digi.
Advertisement

Bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Vince mengakui dirinya perlu banyak perbaiki diri terutama dari segi pemilihan lagu di dalam program realiti berkenaan.

Menerusi perkongsian di Threads, Vince berkata meskipun markah kesuluruhannya setiap minggu ada peningkatan, namun dia tidak mahu terlalu selesa dengan keadaan itu dan akan berusaha melakukan yang terbaik.

Advertisement

Malah, dia berharap agar dirinya dapat mengekalkan momentum tersebut bagi minggu hadapan yang bertemakan ‘Life Jacket’ itu.

“Ok secara keseluruhan ada peningkatan. Masih banyak yang saya kena baiki. Aspek pilihan lagu amat penting. 

“Saya mengaku , saya perlu bantuan dan pemilihan lagu yang sesuai untuk pertandingan. Minggu ini Life Jacket dan saya harap saya boleh buat lebih baik dari minggu ketiga,"tulisnya.

Advertisement

Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.

Empat alumni Akademi Fantasia (AF) iaitu Farah AF2, Felix AF3, Akim AF7, dan Ara Johari (AF2016) turut menjadi bintang sama-sama berentap di pentas GV Fantasia. 

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia. Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement