Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kenang Memori Nenek Anggun Berkebaya, Ini Cerita Di Sebalik Rekaan Kebaya Fan Bingbing Di Melaka!

Gempak
26/06/2024 05:55 MYT
Bagi setiap pereka fesyen tempatan, peluang untuk mencipta nama di persada antarabangsa tentu sekali menjadi sesuatu yang cukup diimpikan.

BERITA TRENDING:Dikatakan Lebih Sesuai Jadi Duta Pelancongan Melaka Berbanding Fan Bing Bing, Ini Komen Michael Ang

Bagi pereka fesyen terkenal tanah air, Khoon Hooi, dirinya berbangga apabila busana kebaya yang dihasilkannya antara yang diperagakan aktres dan ikon terkenal dari China, Fan Bingbing yang melawat Melaka minggu lalu.

Dalam kunjungannya ke bandar raya bersejarah itu, Fan Bingbing yang dilantik sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka tampil anggun apabila menggayakan dua helai kebaya daripada koleksi Khoon Hooi Gold 2024.

​BERITA TRENDING:Pelantikan Fan Bing Bing Sebagai Duta Pelancongan Melaka Raih Pelbagai Reaksi Netizen: “Michael Ang Kan Ada…”

Ramai yang terpesona melihat aktres terkenal itu menggayakan kebaya.

Pereka fesyen tempatan itu dalam perkongsian menerusi satu kenyataan akhbar memberitahu, Koleksi Khoon Hooi Gold 2024 adalah caranya untuk menyemarakkan lagi rasa hormat terhadap busana tradisi dengan siluet yang dihasilkan diselitkan bersama nuansa kontemporari.

​BERITA TRENDING:Fan Bingbing Teringin Jalani Kehidupan Di Malaysia - "Nak Singgah KL, Harap Dapat Bekerjasama Dengan Pelakon & Pengarah Di Sini"

Kunjungan Bingbing ke Melaka dilihat cukup bertepatan dengan usaha Khoon Hooi dalam meraikan sejarah dan budaya Melaka sebagai sebuah destinasi tarikan pelancong, sekali gus menyerlahkan profil negeri itu sebagai destinasi premier untuk penerokaan budaya dan pelancongan.

Menerapkan memori neneknya elegan memakai kebaya, Khoon Hooi yang merupakan pereka terkenal dengan fesyen sofistikated itu telah memanfaatkan legasi budaya dengan memberikan suntikan estetika moden.

Dua persalinan kebaya yang dipakai Fan Bingbing ialah Kebaya Raline dan Aleeya.

“Kebaya Raline menampilkan busana rona merah jambu dan putih yang dihasilkan daripada fabrik bercorak bunga dengan sentuhan manik.

“Kebaya pendek dengan potongan sedikit ketat itu diserlahkan dengan perincian renda pada hujung baju yang kemudiannya dipadankan bersama skirt lilit dengan perincian manik,” kata kenyataan tersebut.

​BERITA TRENDING: Pelantikan Fan Bingbing Sebagai Duta Pelancongan Melaka Tarik Pelancong Antarabangsa

Sementara itu, Kebaya Aleeya pula cukup feminin dengan menampilkan kebaya potongan labuh yang diperbuat daripada fabrik kapas berperincian renda.

“Padanannya adalah skirt lilit fabrik satin dengan perincian manik di bahagian pinggang untuk gaya yang lebih selesa dan elegan,” katanya.

Kebaya Melambangkan Simbol Penghargaan Budaya

Busana yang digayakan Bingbing bukan saja menampilkan sisi kreatif Khoon Hooi, bahkan ia juga menjadi simbol penghargaan budaya dan gaya sofistikated, sekali gus menjadikan lawatan bintang jelita itu ke Melaka sebagai sesuatu yang diingati.

Sementara itu, Kerajaan Negeri Melaka dalam satu kenyataan memberitahu pemilihan selebriti itu sebagai langkah strategik untuk meningkatkan momentum promosi Melaka ke pentas dunia.

“Kejayaan ini terbukti apabila lebih satu bilion carian nama ‘Fan Bingbing’ dan ‘Melaka’ direkodkan dalam aplikasi WeChat China pada 14 dan 15 Jun lalu.

“Tempias daripada populariti aktres jelita itu yang mempunyai lebih 65 juta pengikut di pelbagai platform media sosial secara tidak langsung membantu mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia,” katanya.

Sumber: Kosmo!

#pelakon #Fesyen #Selebriti #Artis #Melaka #hiburan #Dunia #Baju #Kebaya #Fan Bingbing