Rasanya ramai sudah maklum tentang penubuhan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah pertama di Malaysia, iaitu AirAsia.

AirAsia mula ditubuhkan pada 8 Disember 2001 dengan hanya dua kapal terbang dan dua anak Malaysia yang menjadi tunjang belakang sehingga AirAsia sukses dan memiliki hingga lebih 250 kapal terbang seperti hari ini ialah Datuk Kamarudin Meranun dan Tan Sri Tony Fernandes.

Bayangkan AirAsia yang dahulunya tidak diyakini kerana tambang rendahnya, kini antara syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di Malaysia, malah dunia!

Lebih membanggakan, ada sahaja inisiatif yang dilakukan oleh AirAsia saban tahun yang membanggakan kita, rakyat Malaysia.

#1 AirAsia hulur sokongan bantu misi keamanan

Foto dari AirAsia

AirAsia telah menerbangkan 215 ahli Malaysian Battalion 850-3 (Malbatt 850-3) ke Lebanon untuk misi keamanan di bawah United Nation Interim Force in Lebanon (Unifil) pada tahun 2015.

Selain itu, semasa konflik Lahad Datu pada tahun 2013, Kementerian Pertahanan memerlukan pertolongan untuk pemindahan askar-askar ke Sabah disebabkan kapal terbang semasa itu hanya boleh memuatkan 200 orang askar. Pada masa itu, AirAsia telah menghulurkan bantuan dengan menerbangkan askar-askar yang terbabit ke Sabah

#2 AirAsia memulakan petisyen supaya kenaikan caj perkhidmatan penumpang akan dikaji semula oleh kerajaan

Foto dari www.lipstiq.com

Pada Ogos, AirAsia telah memulakan petisyen di change.org untuk membantah kenaikan caj perkhidmatan penumpang dan petisyen tersebut mendapat 70,000 tandatangan dari seluruh rakyat Malaysia.

#3 AirAsia menaja atlet-atlet Malaysia

Foto dari AirAsia

AirAsia terkenal untuk sokongan mereka terhadap atlet-atlet Malaysia. Sebagai contoh, AirAsia menaja atlet bina badan Faiz Ariffin untuk pertandingannya di World and Asian Championships 2017.

Foto dari AirAsia

Selain itu, AirAsia turut menaja tiket penerbangan berjumlah RM1 juta kepada Persatuan Badminton Malaysia untuk pemain-pemain badminton negara menyertai pelbagai pertandingan di negara-negara lain.

Foto dari https://www.foxsportsasia.com

Atlet-atlet kita juga memerlukan peminat-peminat untuk menyorak dan menaikkan semangat pejuangan mereka, oleh sebab itu AirAsia menerbangkan penyokong Harimau Malaya ke Bangkok untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir AFF Suzuki Cup 2018 ⚽

#4 AirAsia juga menyokong pelbagai acara sukan

Atlet-atlet tidak dapat bersaing tanpa pertandingan sukan. Selain itu, sektor pelancongan negara kita juga akan meningkat disebabkan pelawat-pelawat dari negara lain.

Foto dari www.timeout.com

Pada tahun 2017, AirAsia merupakan salah satu penaja emas untuk Sukan SEA Kuala Lumpur dan Sukan Para ASEAN. Jumlah sumbangan tersebut adalah dari RM3 hingga RM7.5 juta!

Foto dari AirAsia

Selain itu, AirAsia juga merupakan Penaja Syarikat Penerbangan Rasmi untuk World Electronic Sports Games (WESG) di Asia Tenggara.

#5 AirAsia Allstars berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik

Foto dari AirAsia

Kru kabin AirAsia sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik supaya penumpang-penumpang mempunyai penerbangan yang selesa dan menghiburkan.

Disebabkan itu, AirAsia telah memenangi anugerah berprestij World Travel Awards Asia dan Oceania 2019 berturut-turut sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia dan Kru Kabin Terbaik bagi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Asia.

#6 Beberapa kru AirAsia menjadi bualan hangat

Adakah anda pernah menonton video kru kabin AirAsia yang menarikan kepada lagu Britney Spears ‘Toxic’?

Dia juga ada video terbaru di sini.

Atau gambar kru di bawah ini yang mendapat perhatian ramai apabila gambarnya diambil oleh seorang penumpang AirAsia.

Foto dari George Wong (Facebook)

Atau kru ini yang menambahkan ciri kelucuan kepada pengumunan keselamatan supaya penumpang-penumpang memberikan perhatian sepenuhnya kepadanya.

#7 AirAsia memberikan peluang sama rata kepada semua

Foto dari AirAsia

Apabila Ravindran Thiagarajah bertukar kerjaya, dia diberikan peluang untuk bekerja di AirAsia dalam bahagian Sokongan ICT. Dia berjaya memenuhi impiannya untuk melancong ke seluruh dunia selepas bekerja bersama AirAsia.

Dia berkata: “Saya nampak keajaiban di semua tempat yang dikunjungi. Tetapi perkara yang paling baik adalah perasaan apabila pulang ke rumah sendiri”

Selain itu, AirAsia juga merupakan salah satu syarikat penerbangan pertama yang mempunyai juruterbang wanita.

Malah, kumpulan AirAsia mempunyai lebih dari 200 orang juruterbang wanita dan merupakan syarikat yang mempunyai nisbah juruterbang wanita yang sama besar dengan syarikat penerbangan Amerika Syarikat dan Eropah.

Hebat kan syarikat yang bukan sekadar menawarkan tambang rendah untuk penerbangan mereka?

Untuk tempahan penerbangan, kunjungi airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia. Selain itu, dapatkan berita, aktiviti, dan promosi terbaru AirAsia melalui Twitter, Facebook, and Instagram!