Skip to main content

Hiburan

Pernah Cakap Enggan Kahwin Dengan Pelakon, Amira Othman Tak Sangka Bertemu Jodoh Dengan Fattah Amin

Amira Othman

Penyanyi dan pelakon, Amira Othman mengakui bertemu dengan suaminya, Fattah Amin ketika digandingkan bersama sewaktu bekerja. 

Menerusi temu bual bersama The Chic Code, Amira berkongsi semuanya berlaku kerana takdir dan Fattah adalah jawapan terhadap doanya kepada yang Maha Esa. 

“Sebenarnya kita memang bekerja, saya rasa memang takdir. Semestinya macam saya pada ketika itu belum bertemu jodoh jadi sampai umur saya 32 tahun saya selalu berdoa agar dapat jodoh yang baik pada waktu yang paling baik walaupun saya tak tahu siapa. 

“Jadi sepanjang perjalanan itu, Allah dah cakap inilah jawapan pada doa kau. Jadi inilah jawapannya.

Saya pun tidak tahu macam mana nak jelaskan, tapi inilah urusan takdir. Semuanya sangat tidak dirancang, kami berjumpa memang atas dasar kerja malah saya tak pernah jumpa dia sebelum itu ada tapi saya kenal siapa dia,” katanya. 

Dalam pada itu, pelantun lagu Hati-Hati itu turut mengakui pernah menyuarakan hasrat untuk tidak berkahwin dengan artis, khususnya pelakon.

“Saya pernah cakap saya tak mahu berkahwin dengan artis terutamanya pelakon. Tuhan memang bagi. Jadi saya rasa kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita tapi Tuhan cakap inilah yang terbaik untuk kamu. 

“Kami pun sebelum ini tak pernah ada conversation bersama jadi saya rasa ini semua sudah tertulis,” tambahnya.

Sekadar Info, Amira Othman telah sah bergelar isteri kepada Fattah Amin dengan sekali lafaz pada malam 14 September 2025 di Golden Palm Tree Resort, Sepang. 

Majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup dan romantis, dengan tarikh tersebut dipilih bersempena ulang tahun kelahiran Fattah.

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Siti Khadijah X Shopee Telekung Modish Noore in Green Tint (Not Included Free Nida Bag)

Siti Khadijah X Shopee Telekung Modish Noore in Green Tint (Not Included Free Nida Bag)

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Must Watch Video

Advertisement