Skip to main content

Hiburan

Ally Mukhriz Hamil, Tun M Bakal Timang Cicit

Astro Gempak 163

Sekilas

  • Ally Mukhriz, anak bekas Menteri Besar Kedah dan cucu Tun Dr Mahathir, mengumumkan berita kehamilannya dalam video tular di media sosial.
  • Tun Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Hasmah, menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran selepas mendengar berita tersebut.
  • Ally sebelum ini berkongsi pengalaman menjalani rawatan IVF dan telah berkahwin dengan Ezran Daud Cheah pada Februari 2020.
Advertisement

Anak bekas Menteri Besar Kedah dan cucu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Ally Mukhriz berkongsi khabar gembira apabila disahkan hamil.

Menerusi video yang tular di media sosial, Ally atau nama penuhnya Meera Alyanna dilihat memaklumkan sendiri berita tersebut kepada datuknya.

Advertisement

“Saya hamil,” ujarnya ringkas.

Tun Dr Mahathir dilihat teruja sebaik mendengar perkhabaran tersebut, manakala isterinya, Tun Dr Hasmah turut meluahkan rasa syukur dengan mengucapkan ‘Alhamdulillah’. 

Terdahulu, Ally pernah berkongsi tentang perjalanan rawatan kesuburan in-vitro fertilization (IVF) yang dilaluinya sebagai usaha untuk mendapatkan zuriat.

Advertisement

Ally sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan, Ezran Daud Cheah pada 20 Februari 2020.

Dia merupakan anak sulung kepada pasangan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dan To’ Puan Seri Norzieta, selain mempunyai dua adik perempuan iaitu Misha Hakeem dan Melia Serena.

 Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Torriden Dive-In Soothing Cream

Torriden Dive-In Soothing Cream

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

L'Occitane Shea Hand Cream 75ml

L'Occitane Shea Hand Cream 75ml

Must Watch Video

Advertisement