gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Anak Menang Pertandingan Menari Di Paris, Isteri Lan Solo Nasihat Netizen, Jangan Pandang Rendah Minat Orang Lain - “Jaga Hati Supaya Tak Terus Membenci…”
VIRAL
Cik Epal Tak Kisah Berjodohan Dengan Lelaki Muda - "Janji Lelaki Tu Tinggi, Elok, Ada Agama & Matang”
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Air Mata Ariel Fesol Gugur, Syukur Diberikan Peluang Kedua - “Saya Datang Ke Sini Dengan Membawa…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

“Kenapa Aku Tak Masuk Penjara Macam Kau” - Syamsul Yusof Minta Farid Kamil Kemukakan Bukti

gempak
Shahrin Zulkifle
24/03/2023
03:00 MYT
Sponsor Banner
“Kenapa Aku Tak Masuk Penjara Macam Kau” - Syamsul Yusof Minta Farid Kamil Kemukakan Bukti

Pengarah, Syamsul Yusof meminta aktor Farid Kamil kemukakan bukti jika benar tuduhan mendakwa dirinya pernah memukul wanita bernama ‘Diana’ beberapa tahun lalu adalah benar.

Kata Syamsul, 39, sekiranya dakwaan tersebut adalah benar, sudah pasti dia akan dikenakan hukuman dan dimasukkan ke dalam penjara.

“Kenapa aku tak masuk penjara macam kau (Farid Kamil)? Sebab bukti tiada, benda sebegitu tidak boleh (mendakwa memukul).

“Adil ke untuk seorang selebriti jika jumpa media di tepi jalan dan dedahkan sesuatu kemudian keesokan harinya muka depan akhbar cerita tersebut? Tanpa menyiasat dan hubungi saya,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, pengarah filem KL Gangster itu menganggap isu yang berlaku sebagai ujian untuk dirinya

Malah, dia berkata setiap manusia pernah melakukan kesilapan termasuk aktor tersebut.

“Perkara dah berlalu, saya ada kisah saya, dia ada kisah dia, masing-masing ada ujian. Move on! Kalau saya buka cerita yang lama, malu pihak yang sebelah sana.

“Saya anggap ini ujian untuk saya, mungkin ini cara untuk mereka jatuhkan nama saya dengan mengatakan saya kaki pukul, saya jahat dan sebagainya,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Farid menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Stories mengeluarkan kenyataan Syamsul pernah memukul seorang wanita bernama ‘Diana’ namun tiada sebarang tindakan undang-undang yang dikenakan terhadapnya.

Difahamkan, Diana yang dimaksudkan Farid merupakan isterinya yang juga seorang aktres, Diana Danielle.

Untuk rekod, Syamsul dan Diana pernah menjalin hubungan istimewa pada 2005 sebelum terputus pada tahun 2008.

Topic Berkaitan
#Aaron Aziz
#Farid Kamil
#Syamsul Yusof
#Puteri Sarah
Must-Watch Video