Jika anda sudah menonton ‘Avengers: Endgame’, pasti anda tahu filem itu tiada kredit akhir.

Secara tradisinya bagi filem Marvel Cinematic Universe (MCU), akan ada beberapa klip-klip khas pendek yang akan disiarkan selepas tamat filem.

Berbeza dengan sebelumnya, Russo Brothers berkata Endgame adalah kisah pengakiran ‘The Infinity Saga’ dan mahu peminat ‘berehat’ daripada segala rancangan Marvel sebelum melangkah ke filem yang seterusnya.



Secara logiknya, kredit akhir bagi setiap filem MCU adalah sebagai ‘iklan’ atau promosi kepada filem yang akan datang.

Marvel Studio masih belum bersedia untuk membuat sebarang teaser tentang rancangan mereka selepas ‘The Infinity Saga’.

Namun peminat telah meramalkan akan ada filem Marvel fasa keempat yang bermula dengan ‘Spiderman: Far From Home’ dan ‘The Eternals’.Pada anda yang akan menonton ‘Avengers:Endgame’ hujung minggu ini, tak perlulah tunggu sampai ke hujung kredit akhir. Lepas habis sahaja filem, boleh terus keluar panggung untuk sambung menangis.