Laman Utama
Kenapa BTS Jumpa Presiden Amerika Syarikat? Ini Fakta Menarik Di Sebalik Pertemuan Tersebut
Pertemuan kumpulan popular dari Korea Selatan, BTS dengan Presiden Amerika Syarikat telah menyorot perhatian dunia.
Baik peminat mahupun orang awam, masing-masing memberikan sokongan terhadap pertemuan tersebut yang rata-rata membincangkan tentang masalah anti-Asia di peringkat antarabangsa.
Ini antara intipati dan fakta menarik di sebalik pertemuan berkenaan:
-Perjumpaan bertujuan untuk berbincang tentang isu anti-Asia pada penghujung Mei.
-Sesi tersebut bersempena penutupan bulan warga Asia-Amerika dan Hawaii/Kepulauan Pasifik.
-Perbincangan di antara Biden dan BTS juga berkisar tentang kepentingan kepelbagaian individu dan inklusiviti serta BTS sebagai duta belia untuk menyebarkan mesej positif ke seluruh dunia.
-BTS turut berkesempatan membuat rakaman kandungan bersama pasukan digital White House yang memaparkan lawatan mereka di White House.
-Pada Jun 2020, peminat BTS telah meraih dana sebanyak ASD1 juta dalam satu hari sempena kempen atas talian #MatchAMillion demi misi keadilan sosial – seiring dengan dana derma BTS kepada Black Lives Matter
-Lebih dari 300,000 menonton pertemuan di White House itu.
-White House sedang giat memanfaatkan kuasa selebriti untuk meraih perhatian kepada isu-isu penting
-Minggu lepas, White House telah menjemput penyanyi Selena Gomez untuk membawa fokus kepada isu kesihatan mental.
Sumber: Astro Awani
Must-Watch Video