Laman Utama

“Kenapa Hati Busuk? Aku Tak Kacau Hidup Kau”- Normah Damanhuri Terkilan Anak Buat Baik Pun Dikecam

gempak
Mya Amri
25/06/2022
12:30 MYT
Sponsor Banner
“Kenapa Hati Busuk? Aku Tak Kacau Hidup Kau”- Normah Damanhuri Terkilan Anak Buat Baik Pun Dikecam
Pelakon Normah Damanhuri menegur sikap seorang individu yang memberikan komen melampau terhadap anaknya, Liana Rosli.
Menerusi tangkap layar yang dimuat naik Normah, individu itu mendakwa tindakan Liana atau lebih dikenali sebagai Kak KM memberikan hadiah kereta kepada pelakon vateran itu seolah-olah untuk menutup kisah viral melibatkan anaknya baru-baru ini.
Normah yang kurang senang dengan tuduhan melampau itu membidas dakwaan individu terbabit.
“Kenapa hati kau busuk bernanah melihat kebahagiaan orang lain? Sentiasa bersangka buruk kepada anak aku, aku tak kacau hidup kau… Kenapa kau kacau kehidupan aku dan emosi aku.
“Untuk pengetahuan kau… Bila salesman bagitahu aku kereta aku dah sampai… Aku terus kena pergi settle pada hari yang sama.
“Kereta ni aku dah booked lama! Kau apa tahu. Hati anak aku suci murni aku didik dengan penuh kasih sayang…
“Yang aku nak bagitahu dengan kau sekarang ni, aku nak bagi kau hadam. Tak ada kena mengena sama sekali dengan apa yang kau tuduh terhadap anak aku!” jelasnya.
Terdahulu, Kak KM telah menghadiahkan sebuah kereta baharu yang dibayar secara tunai kepada ibunya.
Bagaimanapun sebelum ini Kak KM terpalit kontroversi susulan video menepuk punggung yang melibatkan beberapa pengasas produk tempatan menjadi tular baru-baru ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live