Laman Utama
Kenapa Mangsa Nahas LRT Diberi RM1,000 Sahaja? Apa Hak Mangsa? Baca Penjelasan Peguam Ini
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan sebanyak RM1,000 diberikan kepada 213 mangsa yang terlibat kemalangan membabitkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT), malam Isnin lalu.
Prasarana juga akan memberi bantuan kepada penumpang yang hilang punca pendapatan demi kelangsungan hidup sehingga mereka dibenarkan bekerja semula.
Ekoran pengumuman tersebut,ada warganet yang mempertikaikan jumlah bantuan khas RM1,000 diberikan kepada mangsa.
Rungutan tersebut mendapat perhatian seorang pengguna Facebook yang juga peguam dikenali sebagai Mufarwa Farid.
Kenapa RM1,000?
“Sabar tuan puan. RM1000 yang diberikan kepada penumpang LRT tu hanyalah bantuan khas. Bantuan khas ni saguhati dan budi bicara pihak LRT/Prasarana nak beri kepada penumpang.
“Diorang tak bertanggungjawab pun bagi bantuan khas macam ni, tapi diorang tetap nak bagi RM1k.
Walaupun diorang tak bertanggungjawab bagi bantuan khas, diorang tetap bertanggungjawab untuk beri pampasan atau ganti rugi.
“Pampasan diberikan secara lumpsum. Biasanya pampasan diberikan selepas siasatan menyeluruh selesai dilakukan.”
Mangsa boleh saman?
Para penumpang yang terlibat dalam kemalangan berkenaan berpeluang saman melibatkan ganti rugi yuran perubatan, ganti rugi kesakitan, ganti rugi kecederaan emosi, ganti rugi kerugian sekiranya tidak dapat bekerja disebabkan kemalangan ini dan lain-lain lagi.
“Dan... Siapa yang bersetuju untok ambil pampasan, dah tak boleh saman. Siapa nak saman, janganlah ambil pampasan. Pergilah saman. Tapi, ada risikonya..”
Apakah risiko tolak pampasan dan teruskan saman?
“Risikonya adalah, jumlah kemenangan saman kita tu boleh jadi kurang berbanding pampasan.
Contohnya, pampasan yang ditawarkan RM20k. Kita tolak. Lepas tu kita pun saman. Turun naik mahkamah semua, Mahkamah perintahkan LRT bayar RM25k kepada kita.
“Tolak duit guaman, tolak kos pergi balik mahkamah, duit pemfailan mahkamah, dan segala mak nenek lagi, Silap-silap tinggal RM8k sahaja. Ni contoh.
“Ada je jumlah saman lebih banyak berbanding jumlah pampasan. Ia bergantung kepada nilai kecederaan dan kehilangan yang kita alami.”
Bagaimana caranya untuk meneruskan saman?
“Tu sebab, sebelum terima tawaran pampasan, bincang dengan peguam dulu. Pergi mana-mana firma guaman, minta nasihat. Selalunya kena bayar RM100 sekali consult.
“Tanya lawyer tu, sama ada nak ambil pampasan atau nak saman? Kalau lawyer kata saman boleh dapat lebih daripada pampasan, maka samanlah. Tapi kalau lawyer kata pampasan tu lebih berbaloi, maka ambillah pampasan.
“Soal kalau lawyer tu menipu ke apa, bukan urusan saya. Yang saya boleh nasihatkan adalah, carilah lawyer yang trusted, contohnya lawyer yang pernah handle banyak kes-kes sivil macam ni.
“Ramai lawyer yang saya kenal, dia professional dan bukan jenis ambil kesempatan. Kalau perlu saman, dia akan cakap perlu. Kalau tak perlu, dia akan cakap tak perlu.
Sekiranya sudah mempunyai insurans, bolehkah saman diteruskan?
“Insurans adalah insurans manakala saman adalah saman. Dua perkara berbeza dan mangsa kemalangan layak mendapat kedua-duanya.”
Sekiranya ada yang maut, bagaimanakah proses dapat dibuat
“Difahamkan tidak ada mangsa yang terkoban dalam kes ini. Walau bagaimanapun, sekiranya ada, pihak keluarga yang berpeluang menjalankan saman.
Mengapa pemilik LRT perlu dipersalahkan sedangkan perkara ini tidak dijangka boleh berlaku.
“Sebab perkara ini tidak dijangka menyebabkan insiden ini boleh disaman kepada pihak yang bertanggungjawab benda tak jangkalah. Sekiranya sebut kemalangan, semua orang tak jangka.
“Sekiranya syarikat sudah ambil langkah pencegahan sepenuhnya, tetapi insiden masih berlaku, kemungkinan mereka boleh terlepas. Tetapi sekiranya tedapat bukti syarikat berkenaan tidak mengambil langkah pencegahan sepenuhnya, maka, mereka bersalah.”
Sekiranya penumpang tidak cedera secara fizikal tetapi mengalami trauma, adakah saman masih boleh dijalankan?
“Boleh. Akan tetapi ganti ruginya mungkin tidak sebanyak yang cedera fizikal.”
Sampai bilakah mangsa boleh menjalankan saman?
“Tempoh mangsa kemalangan boleh saman adalah enam tahun lepas kemalangan. Lepas enam tahun, saman susah nak dilayan.”
Berapakah jumlah saman yang boleh dikemuka dan berapa yang bakal diterima?
“Dalam kes ni, disebabkan kes masih dalam siasatan, kita tak boleh cakap lagi berapa nilai sebenar ganti rugi yang perlu pihak LRT bayar kepada penumpang yang tercedera
.”Sukar untuk diagak. Sekiranya untuk letakkan harga, mungkin harga sekitar RM5,000 sehingga RM50,000. Akan tetapi, mungkin juga kurang atau lebih bergantung kepada tahap serius kecederaan dan nilai kehilangan.
Must-Watch Video