Laman Utama

Kenyataan “Seumur Hidup I Lah Isteri Yang Membeli Beras”, Ada Yang DM Maki Hamun Aishah

gempak
Fiza Kamarudin
13/01/2022
04:15 MYT
Sponsor Banner
Kenyataan “Seumur Hidup I Lah Isteri Yang Membeli Beras”, Ada Yang DM Maki Hamun Aishah
Penyanyi popular, Aishah mendedahkan menerima DM (direct message) di akaun laman sosial Instagram (IG) selepas mengeluarkan kenyataan “seumur hidup I lah isteri yang membeli beras”.
Luahan tersebut dibuat Aishah ketika memuat naik hantaran sempena ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.
Bagaimanapun luahan tersebut menyebabkan segelintir warganet marah dan tidak berpuas hati.
Menurut Aishah dia tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa tetapi itu adalah realiti yang terjadi dan berlaku kepada wanita lain juga.
“Hadoiii marah betul setengah orang bila I menceritakan pengalaman I sebagai 'isteri yang beli beras"...
“Relax, I sebut itu kerana itu betul-betul terjadi dan bagi I ia tak aib apa pun. Itu reality pengalaman I dan I percaya ramai juga kaum wanita lain,” katanya.
Kata Aishah dia boleh menerima teguran secara terbuka dan tidak perlu bertindak menghantar mesej dan memaki hamun.
“Hari I terima hadiah dari anak-anak I sangat teruja, bukan saja kerana pemberian itu tetapi yang paling utama Allah SWT.
“Tarbiah I direct. Kenapa? Kerana Allah SWT. Mengajar I yang bila kita buat baik, dan lebih dari tanggungjawab kita, Allah SWT akan balas dengan berbagai cara dan melalui orang lain.
“So chill, tak payah nak nak bertubi-tubi DM I nak maki hamun. I tulis dlm IG I, I tak cari wartawan untuk bercerita hal itu pun.
“Kalau tak suka tak payah follow atau skip je cerita I ok. Tak pernah menyesal pun dengan pengalaman itu, dianggap sebagai amal jariah dan sedekah,” katanya positif.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024