Lokasi santai popular di Kuala Krai, Lata Berangin berada di paras bahaya apabila kepala air turun mengganas berikutan amaran hujan berterusan peringkat kuning akibat luruan monsun yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi platform TikTok, seorang pengguna berkongsi situasi terkini di Lata Berangin memperlihatkan air sungai turun dengan derasnya.

“Air sungai Lato Berangin mengganas. Hok duduk tepi-tepi sungai tu beringatlah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan lebat dijangka berterusan sehingga 3 Januari tahun depan di negeri Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
@mohdadha17 #ditaja air sungai lato berangin mengganas..hk mno duk tepi ii sungai tu pakat beringat lah#ad #ditaja #fyp ♬ bunyi asal - HaaLatoBerangin

Menurut MetMalaysia lagi, angin bertiup dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya meluahkan rasa bimbang mereka terhadap situasi paras air sungai yang dirakamkan oleh pengguna tersebut hari ini.

“@Julia Ali:Ya Allah kuatnya air tu.. Semoga yang berada di sekitar kawasan dilindungi selalu”

“@zakariaabdulrani:Musim sekarang usahlah datang ke tempat begini sabo la sat”

“@helmiamri821:sek pantai timur standby awal-awal deh macam biasa setiap tahun bagi kawasan-kawasan yang terjejas banjir”

“@Rozifah Yaacob322:Subahallah semoga semua cari tempat perlindungan.. jangan tunggu”

“@__Hamba Allah__:besar kepala air..hujan pun masih lebat lagi ni.. semoga kita semua di lindungi Allah SWT. Jaga keselamatan dan jaga diri masing-masing.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 1.3 juta tontonan oleh warga TikTok.