Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Keracunan Makanan: Sampel Darah Kanak-Kanak Perempuan Sedang Dianalisis

Gempak
12/06/2024 23:55 MYT
Sampel darah kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang maut disyaki keracunan makanan kini sedang dianalisis.

Sampel darah dianalisis

Jabatan Kimia Malaysia dalam satu kenyataan berkata, Bahagian Toksikologi, Pusat Analisis Sains Forensik telah menerima satu sampel darah mangsa daripada pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia pada Rabu.

"Ahli Kimia di Bahagian Toksikologi sedang menjalankan analisis ke atas sampel darah yang diterima dan analisis akan disiapkan dengan kadar segera.

"Pegawai penyiasat akan dimaklumkan sebaik sahaja analisis selesai dijalankan," katanya.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan pihak perkhidmatan makanan menghentikan bekalan yang disyaki menjadi punca keracunan makanan pada program sekolah terbabit.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kes pertama melibatkan remaja lelaki tempatan berusia 17 tahun telah memakan makanan yang dibawa balik oleh ibunya selepas menghadiri program di sekolah berkenaan pada Sabtu.

Berita Trending: Kulit Telur Ayam Perlu Dibasuh, Elak Risiko Tercemar Bakteria Salmonella

Berita Trending: Keracunan Makanan: Polis Panggil Pengusaha Katering & Penganjur

Berita Trending: Bihun, Telur Goreng Tercemar Ragut Nyawa Pelajar Tingkatan 5, Kanak-Kanak 2 tahun

Berita Trending: Polis Sahkan Dua Maut Keracunan Makanan Disediakan Program Sekolah

Berita Trending: Remaja Maut Dipercayai Keracunan Makanan Lepas Makan Telur Mata

Mangsa kemudian dilapor mengalami cirit-birit dan tidak sedarkan diri kira-kira jam 1.30 petang, pada Isnin, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur.

Kes kedua, bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah berkenaan telah membawa balik makanan selepas selesai program sekolah pada Sabtu.

Kanak-kanak itu kemudian demam, muntah dan cirit birit pada Isnin, sebelum dibawa ibunya ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan.

Tambah kenyataan itu, Jabatan Kimia Malaysia sentiasa komited dalam memastikan keperluan rakyat sentiasa didahului.

"Ia seiring dengan kemajuan sains dan teknologi yang sedia ada," ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

#Makanan #Telur #Kanak #Keracunan #diambil #sampel
;