Laman Utama

Kerana Covid-19, Anggota Polis Kehilangan Ayah, Ibu & Adik Sekelip Mata! – “Mereka Tidak Sempat Tinggalkan Apa-Apa Pesanan…”

gempak
Fiza Kamarudin
23/05/2021
23:43 MYT
Sponsor Banner
Kerana Covid-19, Anggota Polis Kehilangan Ayah, Ibu & Adik Sekelip Mata! – “Mereka Tidak Sempat Tinggalkan Apa-Apa Pesanan…”
Kisah menyayat hati Lans Koperal Siti Nurul Hawana Amran, yang kehilangan insan tersayang, ibu bapa dan adiknya akibat Covid-19 mengundang sebak dalam kalangan warganet.
Anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berkata bapanya, Amran Sadon, 56, dan ibunya, Hasminah Parmin, 57, meninggal dunia Jumaat lalu ketika menerima rawatan di Hospital Cancelor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras, Khamis lalu.
Manakala, adiknya Muhammad Luqman Idham Amran, 20, pula menghembus nafas terakhirnya jam 6 pagi hari semalam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Lebih menyedihkan apabila Siti Nurul memberitahu ketiga-ketiga insan tersayang itu tidak sempat meninggal apa-apa pesanan buatnya.
Kini yang tinggal hanyalah potret keluarga ketika mereka menyambut Aidilfitri bersama pada tahun ini.
Menurutnya, arwah ibu dan bapanya disahkan positif Covid-19 pada 17 Mei lalu selepas menjalani ujian calitan sehari sebelum itu.
"Sepanjang Ramadan lalu mereka ada mengerjakan solat tarawih di surau berhampiran rumah kami di Pangsapuri Permai, Jalan Landai Permai, Sungai Besi dan kemungkinan mendapat jangkitan daripada situ.
"Selepas mengetahui mereka positif saya dan adik-beradik membuat ujian sama namun hanya adik yang disahkan positif manakala saya negatif," katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.
Ibunya dihantar ke HCTM pada petang Khamis lalu kerana keadaannya yang semakin teruk ketika itu.
"Namun apabila saya memberitahu arwah ayah, emak semakin kritikal, tiba-tiba ayah mengadu sesak nafas sebelum kami menghubungi ambulans dan dia dihantar ke hospital sama pada sebelah malam.
"Namun mereka gagal diselamatkan dan meninggal dunia keesokannya dan yang ralatnya, mereka tidak sempat meninggal apa-apa pesanan buat saya," katanya.
Kata Siti Nurul lagi, adiknya yang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh juga hilang semangat apabila mengetahui ibu bapanya sudah tiada.
"Namun tidak sangka hari ini adik pula pergi meninggalkan kami.
"Saya bersama anak buah, adik ipar juga perlu menjalani kuarantin sehingga 30 Mei ini selepas menjalani ujian calitan jam 10 pagi tadi," katanya.
Katanya, dia berharap dirinya dan keluarga adiknya tidak dijangkiti Covid-19.
"Arwah orang tua saya selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Sungai Besi sekitar jam 4 petang Jumaat lalu sementara adik dikebumikan jam 1 tengah hari tadi (Ahad)," katanya
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024