"Kerana Seekor Kucing" - Janna Nick Perlu Jalani Pembedahan, Alami Resdung Kronik
Pelakon dan pengacara, Janna Nick memaklumkan dirinya dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah resdung yang teruk.
Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 29, berkata dia mengalami masalah resdung ini selepas menjalani penggambaran bersama seekor kucing.
Tambahnya, pelakon itu juga menyatakan dia perlu melakukan pembedahan kerana masalah resdung yang sangat serius.
“Saya terpaksa melakukan pembedahan untuk buang masalah resdung ini kerana seekor kucing.
“Saya sebenarnya ada penggambaran bersama kucing. Dia telah membuatkan hidung saya sangat teruk sampai kena masuk hospital,” katanya.
Pada masa sama, Janna turut meluahkan rasa sedih kerana masalah resdung yang dialaminya telah menyebabkan dia hilang deria bau dan rasa, terutama ketika menjamu selera.
Sementara itu, suami Janna, Dini Schatzmann, menjelaskan isterinya perlu menjalani pembedahan hidung kerana resdung tersebut telah menghalang beberapa saluran pada bahagian wajahnya.
“Resdung ini memang masalah besar juga bila dah hilang nikmat rasa dan bau.
“Lepas ni kalau nampak hidung Janna bentuk lain bukan sebab dia buat hidung tau tapi sebab resdung.
“Jadi, masalah resdung saya sangat kroniklah,” kongsinya.