,
Laman Utama

Kerap Gagal Nyanyi Lagu Sendiri, Keisya Levronka Disahkan Hidap Trauma

Maliah Surip
19/09/2022
11:37 MYT
Nama penyanyi Keisya Levronka memang sedang hangat menjadi bualan netizen kerana nyanyiannya yang sentiasa sumbang.
Tidak hanya dijadikan parodi dan ramai penyanyi yang mendendangkan semula lagu miliknya, Tak Ingin Usai dengan lebih baik, Keisya akan dikritik dengan teruk setiap usai melakukan persembahan.
Terkini, penyanyi muda itu mengaku disahkan mengalami trauma pasca menyedari dirinya jadi takut bertemu orang dan tidak lagi memiliki sifat ceria seperti sebelumnya.
“Jadi sekarang setiap berjumpa orang saya sangat gementar. Sebenarnya di luar saya terlihat baik-baik saja dan fokus melakukan persiapan misalnya.
“Tapi dalam hati terlalu takut. Hingga akhirnya saya pertama kali pergi bertemu pakar psikologi.
“Saya tidak pernah bertemu pakar psikologi sebelum ini. Jadi setelah didignosis, saya mengalami trauma,” akui Keisya dalam YouTube CURHAT BANG Denny Sumargo seperti dilaporkan Kompas.
Berbicara tentang kegagalannya mencapai nada tinggi hingga membuatnya banyak menuai kritik, Keisya mengaku sebenarnya hairan kerana setiap kali latihan semuanya mampu dilaksanakan dengan baik.
“Setiap kali latihan, nada yang tinggi semua mampu saya bawakan dengan baik, malah ada menggunakan nada yang lebih tinggi dari asal, pun aman,” katanya.
Dia kemudian mengatakan kegagalan menyanyi itu dipicu perasaan trauma dan bimbang dengan kritikan yang akan diterima setiap kali selesai membuat persembahan.
“Tapi setelah bertemu pakar, saya mengambil tips yang diberikan. Fokus, apabila melakukan itu, saya akan tenang untuk menyanyi,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nyanyi Lagu Adele, Peminat Puji Suara Fazura Menenangkan - "Love It When You Sing In English"

gempak
14/11/2024
08:50 MYT
Pelakon dan penyanyi Fazura sekali lagi mencuri tumpuan di media sosial.
Hiburan

Mahu Kerjaya Kiki Fateha Berterusan Dalam Industri Muzik, Aepul Roza Bakal Hadiahkan Lagu Duet - “Saya Mahu Hubungan Bersama Kiki Akan…”

gempak
10/11/2024
13:55 MYT
Penyanyi Aepul Roza mendedahkan dia kini dalam proses untuk menyiapkan sebuah lagu duet bersama juara The Chosen One 2024 iaitu Kiki Fateha.
Hiburan

Bersuara Unik & Universal, Aliff Syukri Ajak Fazura Duet - “Mungkin Lagu Raya…”

gempak
08/11/2024
06:55 MYT
Usahawan dan selebriti media sosial iaitu Datuk Seri Aliff Syukri mempelawa pelakon dan penyanyi Fazura untuk berduet.
Hiburan

Charly Setia Band Pernah Simpan Hasrat Mahu Duet Bersama Allahyarham Saleem - “Di Malaysia Tiada Lagi Seperti Dia…”

gempak
07/11/2024
05:55 MYT
Vokalis Setia Band, Charly mendedahkan dia pernah menyimpan hasrat untuk berkolaborasi dan berduet dengan Saleem Iklim (Allahyarham A. M. Salim Abdul Majeed) namun tidak kesampaian.
Hiburan

Sherry Ibrahim Beri Bayangan Bakal Muncul Dengan Single Baharu?

gempak
06/11/2024
12:55 MYT
Pelakon Sherry Ibrahim seakan memberi bayangan bakal muncul dengan single baharu?
Unitar