Pelakon dan usahawan Syatilla Melvin yang kini sarat berbadan dua memaklumkan dirinya mengalami pendarahan akibat masalah placenta previa ataupun kedudukan uri berada bahagian rahim bawah.

Menurut Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul Melvin, 32, dia kerap mengalami pendarahan terumatanya ketika berjalan dan mengangkat anak.

Akibat daripada masalah itu, isteri kepada aktor Shahiezy Sam itu bergegas mendapatkan pemeriksaan doktor dan mendapati dirinya berdepan masalah placenta previa

“Tadi pergi check up doktor bagitau kata placenta previa sebab lately ni asyik bleeding. Jalan banyak bleeding, angkat anak bleeding, kasar sikit bleeding. Rupanya uri kat bawah.

“Lain anak lain sungguh pembawakan dia. Tapi nombor 3 ni memang pelik, dari awal memang pelik,” tulis Tilla di ruangan kapsyen.

Kata pelakon drama bersiri Sha & Shah itu lagi, keadaan tersebut membuatkan dia terpaksa melahirkan anak secara pembedahan.

“Nombor 3 ni confirmlah doktor kena belah jugak perut aku. Baru plan nak try VBAC (vaginal birth after cesarean). Takdak rezeki sungguh. Takpa la, apa nak jadi kat ibu sekali pun jadi la, janji anak ibu selamat sempurna amin.

“Btw, doktor suruh warded dah masa 36 weeks nanti. Tapi aku nak raya. Tapi takmau warded lagi. Ya Allah siapa lagi ada pengalaman meghidap placenta previa ni please share,” jelasnya lagi.

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla)


Sementara itu di ruangan komen, ramai pengikutnya dalam kalangan ibu yang pernah berdepan masalah uri di bawah berkongsi pengalaman melahirkan untuk panduan Tilla.

Tidak kurang mereka turut sama mendoakan serta menitipkan semangat agar kandungan Tilla sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan segala urusan melahirkan kelak dipermudahkan.

Sekadar info, aktres asal Parit Buntar, Perak itu sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum melahirkan anak pertama dan kedua.

Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samheizy yang kini berusia dua tahun.