Jika sebelum ini warga internet dikejutkan dengan video lelaki yang sedang tidur, kali ini muncul pula satu video yang hampir sama.

Tidak perlu berbuat apa-apa cukup hanya duduk seperti patung selama hampir dua jam.

Video bertajuk ‘2 Jam 20 Minit Ngak Ngapa-Ngapain’ dihasilkan oleh YouTuber dikenali sebagai Sobat Miskin

Mula dimuat naik sejak tiga minggu lalu, video berkenaan kini sudah ditonton sebanyak 2.6 juta kali.

Jumlah tontonan yang banyak pastinya membuatkan ramai terkejut kerana pemuda tersebut hanya duduk memandang kamera tanpa bergerak.

Tiada sebarang percakapan mahupun aktiviti lain.

Difahamkan pemuda tersebut merakam video berkenaan pada jam 11 malam sehingga 1 pagi.

Untuk rekod, sehingga kini saluran YouTube tersebut telah mempunyai 32,000 subscriber.

BACA: Baring & Tidur Tanpa Buat Apa-Apa, Tapi Video Pemuda Johor Ini Ditonton Sehingga…