Baru-baru ini tular di Platform X tentang satu video memaparkan sekumpulan penunggang motosikal terlibat dalam kemalangan di Kilometer 5.4 Jalan Ismail Sultan menghala ke Johor Bahru.
Menurut sumber, difahamkan kejadian itu berlaku akibat daripada sebuah kereta yang tiba-tiba menukar laluan kanan ke kiri bagi mengelak melanggar motosikal terbabas, yang tidak dialihkan di lorong kanan.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kemalangan yang berlaku pada jam 9.21 malam itu bermula apabila dua buah kereta jenis Mazda dan Kia masing-masing cuba mengelak motosikal yang terbabas di lorong kanan.
“Tindakan berkenaan menyebabkan sebuah motosikal yang bergerak lurus tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang kereta Kia.
"Kemudian disusuli pelanggaran empat motosikal sesama sendiri yang juga datang dari arah belakang," katanya.