Berita

"Kereta Ni Pernah Kena Rampas Lepas Tu Kita Sorok" - Niena Baharun Sedih Kereta Guna Zaman Bercinta Nak Dijual

gempak
ZULHILMI JALIL
23/01/2020
07:45 MYT
Sponsor Banner
"Kereta Ni Pernah Kena Rampas Lepas Tu Kita Sorok" - Niena Baharun Sedih Kereta Guna Zaman Bercinta Nak Dijual
Pelakon Datin Niena Baharun meluahkan rasa sedih apabila suaminya mahu menjual kenderaan utiliti sukan, jenis Range Rover yang sudah digunakan sejak zaman bercinta.
Niena atau nama sebenarnya, Amaniena Kamarul Baharun, 27, dia berat hati untuk melepaskan kenderaan berkenaan memandangkan banyak kenangan yang tercipta bersamanya.
"Semalam, apabila suami beritahu kereta ni dah nak dilepaskan, sedih. Bukan apa kereta ni banyak berjasa dan banyak menyaksikan kenangan indah dan duka kami dari zaman kami bercinta lapan tahun dulu sampai kami dah ada anak.
"Hati ni berat sebenarnya nak lepas. Tapi nak buat macam mana, rezeki kita sampai disini. Terima kasih sebab menjadi kemudahan kami selama lapan tahun ni dengan baik. Semoga tuan awak jaga awak elok-elok," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Pernah tak korang emo sebab nak lepaskan sesuatu benda yang banyak kenangan bersama sebelum ni? . Semalam bila husb bagitahu kete ni dah nak let go. Sedih. Bukan apa kete ni banyak berjasa dan banyak menyaksikan kenangan indah dan duka kami dari zaman kami bercinta 8tahun dulu sampai kami dah ada anak. . Even kete ni ex bf @aliff_firdaus yang punya, tapi bila time gaduh zaman bercinta dulu, kete ni pernah kena rampas pastu kita sorok, then menghilangkan diri. Taktau la masa tu fikir apa. Kesian member nak pakai kete masa tu tercari cari tak jumpa. #sorryb . Tapi now dah kawin tkleh lari ke mana dah. Dah jadi bini bukan gf lagi ? . Hati ni berat sebenarnya nak lepas. Tapi nak buat macam mana, rezeki kita sampai disini. Terima kasih sebab menjadi kemudahan kami selama 8tahun ni dengan baik. Semoga tuan awak jaga awak elok elok. ❤️
A post shared by Niena Baharun (@nienabaharun.nb) on
Pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz itu turut berkongsi kenangannya yang pernah bertindak menyembunyikan kenderaan tersebut sewaktu bergaduh ketika bercinta dulu.
"Walaupun kereta ini bekas teman lelaki @aliff_firdaus yang punya, tapi bila waktu bergaduh zaman bercinta dulu, kereta ni pernah kena rampas lepas tu kita sorok, kemudian menghilang diri. Tak tahulah masa tu fikir apa.
"Kesian member nak pakai kereta masa tu tercari-cari tak jumpa. #sorryB. Tapi sekarang dah kahwin tak boleh lari ke mana dah. Dah jadi bini bukan teman wanita lagi," kongsinya.
Perkongsian Niena itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang mana rata-rata memahami perasaan yang dilalui Niena.
"Dulu macam tu lah. Sampai dekat seminggu tak cakap dengan suami sebab dia jual kereta kesayangan," komen salah seorang netizen.
Niena dan suaminya, Datuk Aliff Firdaus mendirikan rumah tangga pada 1 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Adiel Mikael pada 24 Oktober 2018.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live