Kerana tindakannya memberhentikan kenderaan bagi meninjau sebuah keluarga yang berada di dalam kesusahan, niat murni pelawak dan penyampai radio Johan mendapat pujian ramai.
Menerusi perkongsian seorang individu yang dikenali sebagai Nor Aqmar Kaseh di laman sosial Facebook, dia dan keluarganya berdepan situasi di mana kenderaan yang merena naiki rosak di tepi jalan.
Menurut Aqmar, dia tidak menyangka sebuah kereta berwarna putih berhenti berhampiran mereka dan pemandunya, Johan tampil bagi bertanyakan khabar dan menghulurkan bantuan.
“Balik dari Chow Kit kereta breakdown tepi jalan.Tiba-tiba berhenti sebuah kereta putih dekat kami. Dia bertanya kepada en suami kenapa? En suami tercengang sekejap.
“Tak sangka yang bertanya tu Johan Raja Lawak. Dia tanya lagi nak saya bantu apa-apa ke. En Suami yang masih terkejut menjawab tak ada apa-apa,” tulis wanita terbabit.
Dalam pada itu, Aqmar turut memberitahu Johan sempat menghulurkan duit raya bagi anak-anak yang berada di dalam kereta.
“Lalu Johan bertanya lagi ada berapa orang anak dalam kereta lalu meluru kedalam kereta dan menghulurkan duit raya kepada Iman.
“Aku yang dalam kereta tambah terkejut la lihat dia tiba-tiba depan mata. Betul orang kata, dia memang baik hati. Tu sebab rezeki dia murah,” ujar Aqmar lagi.
Menerusi perkongsian yang sama, Aqmar sempat berkongsi beberapa keping foro yang sempat dirakamkan sewaktu kejadian terbabit.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan pujian buat suami kepada Ozlynn Wati itu yang terkenal dengan sikap suka membantu dan pemurah.
“Laki bini yang sangat baik dan humble,” ujar seorang wargamaya.
“Kalau aku, aku gelak dulu kalau nampak dia walaupun dia tak cakap pape lagi,” usik seorang wargamaya.
“Johan pernah rasa susah, tu yang dia faham situasi tu,” tulis seorang wargamaya.
“Terbaik papa Hanania. Sebab tu rezeki diorang sekeluarga tak pernah putus. Hati baik, ikhlas,” puji seorang wargamaya.
“Bersederhana Johan ni. Pakai Vellfire yang dah habis bayar kot tak kolot nak upgrade bagai. Teruskan buat baik,” komen seorang wargamaya.
“Alhamdulillah, satu dalam seribu,” kata seorang wargamaya lagi.
Azwa Rahman
Thu May 19 2022

.jpg?ext=.jpg)
"Saya Datin Seri, Saya Tak Bermadu" - Noniswara
Ada individu digelar 'budak jongos' kerap mengganggu Noniswara.

Iqbal Kongsi Amalan Kekal Berjaya, Dedah Baca Surah Al-Fatihah Saat Menangis Minta Simpati Daripada Allah
Ini tips kejayaan Iqbal
.jpg?ext=.jpg)
"Saya Pernah Dapat Gambar K**ek Pagi-Pagi" - Tiz Zaqyah
Takutnya dengar cerita Tiz Zaqyah

Rakan Dah Minta Saman Dari Awal, Tapi Puteri Sarah: “Siapa Nak bayar? Perempuan Tu Tak Kerja, Bapak Dia Ada Sakit”
Ini kisah rakan Puteri Sarah

Pawagam Larang Gentleminions Masuk Wayang Tengok Minions
Prekuel filem Minions: The Rise of Gru sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

"Mesti Teringat Zaman Suami Isteri"- Suruh Move On, Netizen Minta Abby Abadi Tak Selalu Jumpa Norman
"Cerai pun sebab dicurangi"- Netizen

Telefilem & Dokumenari Menarik Untuk Anda Saksikan Di Astro Oasis Sepanjang Hari Raya Aidiladha Tahun Ini
Rancangan menarik Hari Raya Aidiladha

Alan Walker Turun Sarawak Sempena Borneo Music Festival Live 2022!
Alan Walker popular dengan lagu Faded!

Penggambaran 35mm Pernah Dihentikan Sebanyak Dua Kali Sebab…
Cabaran membawa hasil yang baik

"Lepas Ada Anak, Saya Fikir Pendidikan Agama Islam Untuk Masa Depan" - PU Riz Perkenal Islah Junior
Ada apa dengan Islah Junior?