Seorang wanita mendedahkan yang dia menerima ugutan oleh ‘ulat parking’ ketika mahu meletakkan kenderaan di kawasan sekitar Maybank di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menerusi TikTok, wanita itu berkongsi gambar kereta yang dicalarkan kerana keengganan membayar caj parking haram yang diminta oleh ulat parking berkenaan.



“Area maybank Bukit Bintang. Ugut saya kalau tak bayar parking. Tengok kereta saya jadi apa?

“Lepas tu siap claim kata semua tempat parking dia punya. Suka-suka letak harga RM15 setiap kereta,” katanya.

Selepas dikongsi semula di platform X, ramai yang bersetuju tentang kewujudan ulat parking yang kadang-kala bertindak melampaui batas jika pemilik kenderaan enggan membayar caj yang diminta.

Selain itu, ada juga yang mencadangkan agar pemilik kenderaan mencari alternatif lain untuk meletakkan kereta.

Ada juga yang menegaskan supaya tidak memberikan mereka wang kepada ulat parking yang berkeliaran