Berita
"Kerinduan Pada Yang Telah Pergi Adalah Sangat Perit" - Nora Kongsi Kisah Kehidupan Tanpa Suami
Penyanyi Nora mengakui memperolehi sesuatu yang bermakna dalam hidup dan kerjaya seninya pada tahun ini.
Menerusi entri di Instagram (IG), Nora berkongsi kisah suka dan duka dirinya sepanjang tahun 2018 tanpa suaminya, komposer arwah Johan Nawawi.
"Goodbye 2018. Before it ends these are my best moments. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. My meaningful year with lots of love. I have learned so many things. My career, business, family, children, commitment, responsibility, love, personal matters & etc.
"I have been to so many places. I traveled a lot. Thank You Allah for everything. Syukur diatas segala rezeki, limpah kekuatan, kesabaran, kurniaan kesihatan yang baik, nikmat yang banyak serta dikurniakan insan-insan istimewa yang sering membahagiakan & memberi sokongan pada saya. Allah knows.
"Banyak perihal kehidupan yang telah saya pelajari. Semuanya memberi pengajaran dan menjadikan saya seorang yang lebih matang. Kerinduan pada yang telah pergi adalah sesuatu yang sangat perit.
"Tidak teruji keimanan seseorang itu selagi mereka belum diuji. Ujian yang tidak disangka, menguji sejauh mana kebijaksaan kita. Semuanya sudah tertulis. Hidup harus diteruskan demi tanggungjawab pada anak-anak tersayang yang masih memerlukan sepenuh kasih sayang.
"Reda dengan ketentuan Allah, Yakin pasti ada HIKMAH. Hanya Redha Allah yang kucari. Welcome 2019. Semoga membawa sinar baru, harapan baru, rezeki yang melimpah dalam rahmat Allah SWT. Serta dapat meningkatkan ilmu & keimanan. Miss you Johan Nawawi. Al- Fatihah," tulisnya.
Rata-rata mendoakan agar Nora sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik untuk membesarkan anak-anaknya.
Must-Watch Video