Susulan kes bunuh Zayn Rayyan, Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernama Falco turut turun padang bagi membantu melakukan penjejakan semula di kawasan saliran air.

Difahamkan, Falco tiba di kawasan penemuan mayat kanak-kanak lelaki autisme itu kira-kira jam 1.50 tengah hari tadi.

Malah pasukan forensik PDRM Bukit Aman juga dilihat menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Dalam pada itu, kehadiran Falco sedikit sebanyak memberikan harapan buat netizen yang berdoa agar anjing K9 itu berjaya menemui bukti pembunuhan tersebut.

Antara kata-kata semangat dan doa yang diberikan netizen adalah:

“Good luck Falco dan pasukan. Semoga Allah permudahkan segalanya buat kalian dan mencari bukti dan suspek dapat diberkas,”

“Semoga berjaya Falco dan team. Semoga dipermudahkan untuk mendapatkan petunjuk dan mengheret pembunuh ke muka pengadilan,”

“Good luck Falco, terima kasih kerana selalu membantu,”

BERITA TRENDING: Suspek Kes Pembunuhan Zayn Rayyan Mungkin Ada Rekod Jenayah Seksual

BERITA TRENDING: Leher Zayn Rayyan Ada Kesan Cedera, Rakyat Malaysia Doa Pelaku Ditangkap



Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

BERITA TRENDING: Polis Sahkan Zayn Rayyan Mati Dibunuh


Mayat Zayn Rayyan ditemui di anak sungai berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira jam 10 malam Rabu lalu.

Sehingga kini pihak berkuasa giat mengesan suspek yang dipercayai mungkin mempunyai rekod jenayah seksual dan menolak spekulasi seperti Zayn didera oleh kedua ibu dan bapanya

Foto: Hafidzul Hilmi Mohd Noor (Harian Metro)