Laman Utama

“Besarnya Hati Pak Cik…” - Netizen Tersentuh Melihat Bapa Zulfarhan Sudi Memaafkan Mereka Yang Menyebabkan Kematian Anaknya

gempak
Izwan Isa
03/11/2021
01:50 MYT
Sponsor Banner
“Besarnya Hati Pak Cik…” - Netizen Tersentuh Melihat Bapa Zulfarhan Sudi Memaafkan Mereka Yang Menyebabkan Kematian Anaknya
Semalam, media tempatan melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atas enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat Allahyarham Zulfarhan Osman yang juga Pegawai Kadet Laut UPNM.
Sungguhpun kejadian empat tahun lalu itu masih membekas dalam hati bapa arwah, namun, bagi Zulkarnain Idros iaitu bapa kepada arwah Zulfarhan memilih untuk memaafkan mereka yang terlibat.
Ujar Zulkarnain, dia memaafkan tertuduh yang menyebabkan kematian anaknya sungguhpun hanya satu keluarga tertuduh yang datang bertemu dan meminta maaf daripadanya.
BACA: "Saya Maafkan Tertuduh Yang Buat Anak Saya" - Bapa Zulfarhan
Menerusi tinjauan Gempak di media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa tersentuh apabila Zulkarnain sudi memaafkan kesalahan tertuduh yang telah menyebabkan kematian anak kesayangannya.
“Besarnya hati pakcik. Saya doakan pakcik sekeluarga sentiasa berada di bawah lindungan-Nya
“Buat ahli keluarga yang masih belum meminta maaf, pohonlah kemaafan. Sungguhpun ahli-ahli keluarga kalian tidak membunuh dengan niat, tetap Mahkamah putuskan mereka menyebabkan kematian,” tulis seorang pengguna Twitter.
Seorang lagi pengguna Twitter menyifatkan Zulkarnain sebagai seorang bapa yang sangat berani.
“Untuk memaafkan mereka yang melukakan anaknya perlukan keberanian. Dia mungkin mahu meneruskan kehidupan selepas mendapat closure, mengingati tanpa amarah. Semoga Allah mengubati dirinya dan keluarganya daripada kesakitan,” katanya.
Sementara itu, ada juga pengguna Twitter yang melihat keputusan Zulkarnain itu sebagai satu perdamaian dengan takdir.
BACA: Kes Bunuh Zulfarhan: Menyebabkan Kematian Tanpa Niat Membunuh, 6 Kadet UPNM Terlepas Hukuman Gantung
Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah telah membuat keputusan tersebut mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika disabitkan bersalah.
Enam tertuduh yang dinyatakan ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Sementara itu, lima daripada enam tertuduh (kecuali Mohamad Shobirin) dan 12 lagi tertuduh dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana didapati bersalah mencederakan Allahyarham.
Pada 31 Julai 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 pelajar UPNM, yang kesemuanya berusia 25 tahun, membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan terhadap 18 tertuduh itu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, 22 Mei 2017.
Kredit foto: Astro AWANI
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live