,
Laman Utama

Kes Tangguh, Sharnaaz Hormat Mahkamah Walau Nama Masuk Sistem Amaran

Gempak
01/11/2023
02:40 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad kecewa selepas prosiding kes untuk status representasi bagi menggugurkan pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium, ditangguhkan ke 17 November depan.
Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 38, berkata, banyak perancangannya tergendala kerana kes yang dihadapinya, memakan masa lebih setahun.
Selain itu, bapa kepada seorang anak itu berkata, kes berkenaan menyebabkan namanya timbul dalam ‘sistem amaran’ antaranya membabitkan prosedur bank.
“Kerja dan perniagaan saya tertangguh, benda ini terjadi bukan sebab saya yang minta, apakan daya, kita kena ikut undang-undang.
“Bagaimanapun, saya menghormati sistem perundangan di Malaysia,” katanya ketika ditemui sebaik selesai prosiding di mahkamah pada Selasa.
Dalam prosiding itu, Sharnaaz diwakili peguam, Mohamed Baharuden Mohamed Ariff, Datuk Wan Azmir Wan Majid dan Datuk Abu Bakar Isa Ramat.
Pada 2 Mei lalu, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad mengemukakan representasi untuk menggugurkan pertuduhan menumbuk seorang pengawal keselamatan yang juga penghuni di sebuah kondominium.
Pelakon drama bersiri 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Izzul Islam Awang, 27, di kawasan lif, pintu masuk sebuah blok di sebuah kondominium di Jalan Dutamas di sini pada jam 8.30 malam, 16 Jun 2022.
Bagaimanapun, Mahkamah Majistret di sini menangguhkan keputusan representasi itu ke prosiding akan datang, pada 17 November depan.
Ini kerana kertas siasatan kes berkenaan berada ibu pejabat Jabatan Peguam Negara, malah ia masih di peringkat pertimbangan. SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lemas, Benam Kepala Anak Tamara Tyasmara 12 Kali, Kekasih Terlepas Hukuman Mati

gempak
05/11/2024
21:51 MYT
Selepas sembilan bulan kes membabitkan jenayah Yudha Arfandi terhadap anak kekasihnya, pelakon Tamara Tyasmara, Dante, Pengadilan Negeri Jakarta Timur akhirnya memutuskan lelaki tersebut bersalah.
Terkini

Sugul & Bersendirian Tiba Di Mahkamah, Da'i Syed Harap Keputusan Terbaik

gempak
05/11/2024
01:55 MYT
Da'i Syed yang tiba pukul 9 pagi lengkap bersut hanya mengharapkan keputusan yang baik-baik sahaja berlaku terhadapnya.
Hiburan

Dituduh ‘Kaki Pukul’, Uqasha Senrose Nekad Selesaikan Isu Fitnah Di Mahkamah - "Saya Tetap Dan Tidak Akan..."

gempak
03/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Uqasha Sensrose menyatakan dia tekad untuk meneruskan kes fitnah yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadinya ke mahkamah.
Hiburan

Rosyam Noor Takut Nak Ulas Isu Cerai Artis Lebih-Lebih - “Walaupun Dah Berpuluh Tahun Kahwin, Semua Tu Kerja Tuhan”

gempak
29/10/2024
08:25 MYT
Pelakon prolifik, Datuk Rosyam Noor akui takut dengan perkhabaran perceraian rakan artis sejak akhir-akhir ini.
Hiburan

Menang Kes Mahkamah, Shakila Saiful Bawa Diri - "Saya Berhijrah Ke Tempat Lain Untuk Pulihkan Hati, Jiwa & Minda"

gempak
29/10/2024
03:35 MYT
Pelakon dan model Shakila Saiful memaklumkan dia perlu berhijrah keluar dari Malaysia buat sementara waktu bagi memulihkan dirinya.
Unitar