Pelakon Zarina Anjoulie meluahkan rasa kesal apabila difitnah untuk tujuan politik sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju mendedahkan terdapat individu yang mengambil video lamanya dan menyunting pada wajah pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias semata-mata untuk tujuan politik.

“Tolong lah ini semua fitnah. Anju sangat kesal dengan sikap manusia, ambil video Anju tahun lepas dan edit pada muka Ustaz Kazim.

"Video tu video tahun lepas, tiada kena mengena pun dengan Ustaz Kazim, Ustaz Kazim is a really good person as Anju pernah shooting dengan dia.

“Orang-orang politik ni kalau ye pun nak menganiaya aku dengan Ustaz Kazim!,” tulisnya.

Zarina berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu dia menunjukkan paparan skrin video yang telah disunting itu.

Justeru Zarina menegaskan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut dengan menyaman pihak tidak bertanggungjawa berkenaan.

“Anju dah minta lawyer hantar surat saman pada 3 individu di Facebook, tindakan saman akan diambil,” jelas Zarina.

Entri berkenaan turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memberi pelbagai pandangan terhadap fitnah yang dilemparkan itu.