Skip to main content

Trend Pasaran

“Keselamatan Pemain & Penyokong Malaysia Adalah Keutamaan Saya” - Syed Saddiq Kongsi Detik Cemas Dibaling Batu

untitled-design-2019-09-06t180026-986.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berdepan detik cemas apabila dilempar batu oleh penyokong bola sepak Indonesia.
 
Saddiq berada di Jakarta bersempena aksi sulung pusingan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023.
 
Menerusi laman sosial Twitter, beliau berkongsi insiden itu untuk bacaan umum. 
 
“Sebentar tadi saya bersama penyokong-penyokong Harimau Malaya menyaksikan Kelayakan Piala Dunia di Stadium Gelora Bung Karno. Objek besi, botol & suar dicampak kepada kami beberapa kali.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sebentar tadi saya bersama penyokong-penyokong Harimau Malaya menyaksikan Kelayakan Piala Dunia di Stadium Gelora Bung Karno. Objek besi, botol dan suar dicampak kepada kami beberapa kali. Terdapat juga beberapa penyokong Indonesia juga cuba merempuh kawasan Malaysia dan perlawanan terpaksa dihentikan seketika. Saya dimaklumkan FAM bahawa mereka akan membuat aduan rasmi kepada FIFA. Saya juga akan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatan saya di sana. Gangsterism tidak akan ditolak ansur dalam apa jua cara. Keselamatan pemain dan penyokong Malaysia adalah keutamaan saya. Ketika ini saya masih lagi bersama-sama dengan penyokong Malaysia ditempatkan di dalam stadium sementara menanti keadaan di luar reda sebelum kami boleh pulang. Kejadian ini amat menyedihkan buat industri sukan bolasepak yang sepatutnya menjadi medium penyatuan. Saya berjanji akan menuntut keadilan bagi rakyat Malaysia. #SelamanyaHarimauMalaya

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on


“Terdapat juga beberapa penyokong Indonesia juga cuba merempuh kawasan penyokong Malaysia dan perlawanan terpaksa dihentikan seketika,” tulis Saddiq menerusi tweetnya.
 
Pada perlawanan yang diadakan di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi menyaksikan Malaysia membenam pasukan Indonesia dengan jaringan gol 3-2. 
 
Keadaan tambah kelam-kabut apabila ada segelintir penyokong skuad Garuda yang memulakan balingan batu dan teriakan provokasi.
 
Tambah beliau lagi, laporan rasmi akan dibuat kepada kerajaan Indonesia bagi menyelesaikan isu ini.
 
Malah, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan membuat aduan rasmi kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung insiden tersebut.
 
“Gangsterism tidak akan ditolak ansur dalam apa jua cara. Keselamatan pemain dan penyokong Malaysia adalah keutamaan saya,” tulis beliau lagi. 
 
Perkongsian Saddiq itu turut disertakan bersama sepotong video laungan sorakan bersama ratusan Ultras Malaya yang hadir bagi menyaksikan perlawanan itu. 
 
Sehingga kini, tweet Saddiq itu telah mendapat hampir 19,000 ulang kicau dan video tersebut telah menerima lebih 300,000 tontonan daripada netizen.
 

Must-Watch Video

Advertisement