Laman Utama
Kesiannya Abi, Dia Buat Class Budak-Budak Dia Sorang Pun Tak Masuk…” – Alahai…Kesian Cikgu Ni, Tunggu Anak Murid…
Seorang pengguna Twitter @nuha, meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anak murid yang tidak menghadiri kelas atas talian kendalian bapanya.
Lebih mengecewakan, usaha bapanya mengadakan kelas atas talian itu seolah-olah tidak dihargai anak-anak muridnya yang juga calon SPM tahun ini.
Nuha berkata, perasaannya sayu apabila melihat bapanya setia menunggu anak-anak murid masuk ke kelas atas talian tersebut selama lebih satu jam.
Lebih memilukan apabila para pelajar tersebut mematikan telefon ketika dihubungi bapanya dan memberikan alasan tidak dapat meyertai kelas kerana bekerja.
Dia yang tidak sampai hati melihat bapanya berseorangan di dalam kelas maya, kemudiannya bertindak mendaftar masuk ke kelas tersebut untuk menghiburkan hati bapanya yang sedih.Tengok la ni abi sorang je, class abi start 8:30 tadi now dah nak 9 lebih tapi takda siapa masuk ? pic.twitter.com/RlWpLKuwgL— Nuha ? (@skinleas) November 25, 2020
Bagaimanapun selepas perkongsian Nuha menjadi tular, ramai pelajar lain yang bukan anak murid bapanya menyertai kelas tersebut.
Bapanya yang dikenali sebagai Cikgu Mustakim, kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada semua warga Twitter yang menyertai kelas beliau.
Cikgu Mustakim turut turut berterima kasih kepada semua warganet di Twitter yang memberikan sokongan semangat kepada beliau.
Cikgu Mustakim turut meminta supaya semua warganet mendoakan para pelajar tersebut dipermudahkan untuk hadir ke kelas dan berjaya di dalam peperiksaan SPM.
Asalamualaikum terimakasih atas sokongan semangat dan doa dari warga tweet .... doa kan ank2 spm ni dipermudahkan utk hadir kelas dan berjaya dalam spm amin??— Mustakim (@Mustakimbajoori) November 25, 2020
Must-Watch Video